Friday, January 28, 2005
KALAU KITA TIDAK BERTAQWA
Kebanyakan orang menganggap bahkan yakin bahawa dunia dan manusia ini tidak akan selamat kalau duit tidak cukup, atau ilmu tidak tinggi, atau tidak ada kuasa atau pembangunan dan kemodenan tidak tercapai. Tegasnya kalau tidak tiru apa yang Barat buat, tidak jadi macam Barat, tidak akan selamat. Maka berlumba-lumbalah kita mengejarnya. Seluruh jentera kemodenan dan pembangunan dikerahkan ke arah tujuan tadi.
Hingga hari ini, sedikit sebanyak kita sudah membangun seperti yang kita kehendaki. Negara kita sudah agak maju dan cantik, berkat meniru pembangunan Barat. Ekonomi pun seakan-akan sudah pulih, walaupun belum ada seorang umat Islam yang dapat membangunkan supermarket di seluruh shopping centre di negara kita. Walaupun masih banyak gerai-gerai Melayu di tepi-tepi jalan tetapi menempah sejarah pendek umur.
Dari segi ilmu pun boleh dibanggakan memandangkan Universiti yang kian bertambah dan mereka yang berdegree bertambah ramai. Namun ilmuan-ilmuan tadi tetap tidak boleh hidup kalau tidak diberi gaji. Yang tidak diberi kerja jadi bebanan pula pada negara. Mereka tetap tidak boleh berdikari untuk membina pembangunan dan perindutrian sendiri yang bebas dari makan gaji. Di samping itu akhlak lulusan tinggi tetap tidak jauh beza dengan akhlak yang ada pada lulusan rendah, bahkan ada yang lebih teruk lagi.
Soalnya, hingga di tahap ini, adakah kita sudah mendapat masyarakat bahagia yang hidup penuh aman damai?
Memandangkan pada penyakit masyarakat yang bertimpa-timpa dan kian kronik, masalah tidak habis-habis, tentu kita belum boleh mengatakan masyarakat kita sudah bahagia. Memang mungkin ada individu-individu atau keluarga-keluarga yang merasainya, tetapi ini bukan majoriti. Ini tidak boleh mencorak masyarakat.
Secara umum penguasa-penguasa tidak bahagia oleh penyakit gila kuasa. Orang kaya tidak bahagia kerana penyakit gila dunia. Orang miskin tidak bahagia kerana sering rindu pada harta. Ulama-ulama tidak bahagia kerana takut periuk nasi terancam. Ibu bapa hilang bahagia kerana anak-anak derhaka. Isteri-isteri hilang bahagia kerana suami tidak bertanggungjawab. Guru tidak bahagia dengan perangai anak muridnya. Pemudi-pemudi tidak bahagia kerana diganggu dan tukut jadi andartu. Pemuda hilang bahagia kerana susah hendak kahwin. Dan macam-macam lagi penyakit yang sedang meragut kebahagiaan hidup dalam masyarakat kita.
Dalam keadaan ini, apakah kemajuan pembangunan, kemodenan, ekonomi dan keilmuan tinggi tadi mampu berperanan menyelesaikan masalah ini? Kita lihat bahawa kemodenan hidup di Barat menghantar manusia ke kancah kehidupan yang bergelora. Contohnya, ramai sudah orang Barat yang hidup dengan anjing atau bertemankan kucing kerana kebahagiaan dengan sesama manusia sudah tiada. Maka apa ertinya dengan segala pembangunan dan kemajuan tadi?
Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada kebendaan lahiriah. Rasa bahagia itu tempatnya di hati. Kalau hati senang, dalam miskin pun rasa bahagia. Sebaliknya kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi manapun, kaya raya macam manapun atau sebesar manapun pangkat, tetap tidak bahagia hidupnya yang memang jadi pengalaman semua orang.
Kerana itu, untuk mencapai kebahagiaan hidup, apa yang mesti diutamakan ialah mendidik hati dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat, ilmu tinggi, kemewahan dan kemodenan.
Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur dengan kemiskinan. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang kaya pemurah dengan hartanya, terhibur untuk taat ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat pada suami, pengikut terhibur mentaati pemimpinnya, anak murid terhibur untuk hormat dan kasih pada guru, si gadis jadi malu serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda jadi sungguh bertanggungjawab pada masyarakat dan negaranya.
Bila manusia sudah berada pada tahap ini, barulah duit dan harta banyak akan membawa bahagia. Barulah pangkat tinggi berguna dan segala kemodenan dan pembangunan akan jadi sumber keselesaan hidup yang bermakna.
Hari ini ianya belum berlaku. Kerana hanya memikirkan negara maju, maka yang terus maju ialah negara bukan orangnya. Yang membangun ialah negara, namun masyarakatnya tidak dibangunkan jiwanya. Masyarakat manusianya dibiarkan bermain dengan nafsu, tidak dihiasi dengan iman dan taqwa.Maka nafsulah yang menjadi raja dan jadi Tuhan. Nafsulah yang mengatur kehidupan. Sebab itu masyarakat jadi huru-hara.
Saya suka menyenaraikan nafsu jahat yang bersarang dan menjadi ‘Tuhan’ dalam diri manusia itu. Kalau orang kaya tidak bertaqwa maka jadilah hatinya penuh dengan sombong, ego, suka membazir, riak, suka menunjuk-nunjuk, menyalahgunakan harta seperti untuk mengumpan perempuan cantik, rasuah, suka berlumba-lumba dengan sesama kaya, dan dalam pada itu masing-masing kata mengata.
Meraka berbangga dengan rumah besar, dengan perabut kemas lagi mewah. Mereka bercuti ke sana ke mari. Beli barang bukan di Malaysia tetapi impot dari London. Duit orang kaya lebih banyak daripada duit negara. Walhal mereka tahu bahawa masyarakat umum miskin. Tabung perjuangan Islam, tabung anak-anak yatim, tabung rumah kebajikan dan lain-lain lagi sentiasa kosong malah berhutang-hutang, negara tidak cukup duit untuk membiayai rakyat, tetapi orang kayanya sangat membazir. Dalam keadaan ini sampai bila pun manusia tetap akan berada dalam keadaan tidak puas hati.
Sepatutnya, orang-orang kaya sanggup menjadi bank kepada masyarakat, bank akhirat, yang memberi pinjaman tanpa riba dan tidak minta dibayar di dunia. Sebab mereka faham kekayaan adalah pinjaman Allah, maka mereka membelanjakannya menurut yang diredhai Allah dan mengharap ganjaran dari Allah di akhirat.
Orang miskin kalau tidak bertaqwa maka tidaklah selamat hatinya dari sifat-sifat yang buruk seperti tidak sabar dengan kemiskinan dan mereka sangat hasad dengki dan sakit hati dengan orang berada. Keinginan untuk kaya sangatlah tebal hingga bila tidak kaya-kaya juga, mereka jadi putus asa dengan Allah. Ini menyebabkan mereka berbuat apa saja untuk jadi kaya. Merompak, menyamun, menipu, seluk saku dan lain-lain bentuk kecurian telah berleluasa dalam masyarakat, sehinggalah bagi setengah mereka telah menjadi pekerjaan tetap dan telah mendatangkan pendapatan yang lumayan. Hingga kerana itu, masyarakat sentiasa dalam ketakutan.
Tidak sepatutnya perkara-perkara ini berlaku dalam masyarakat umat Islam. Kerana orang Mukmin yang bertaqwa, kalau dia miskin, dia redha dengan takdir Allah. Dia rasa memadai dengan kemiskinannya dan tidak berhasad dengki dengan orang yang kaya. Dia tidak terseksa dengan kemiskinan di dunia demi mengharapkan kekayaan yang Allah janjikan di akhirat.
Para-para suami tidak bertanggungjawab kepada ahli keluarga, membiarkan isteri dan anak-anak tanpa didikan agama yang sempurna. Sibuk mencari harta dunia sehingga lalai dalam tanggungjawab. Seorang suami juga sebagai seorang ayah yang tidak bertaqwa tidak akan dapat menunaikan tanggungjawabnya dengan baik dan sempurna lahir dan batin. Mereka membiarkan isteri dan anak-anak bebas keluar masuk rumah dengan tidak menjaga kehormatan.
Kaum ibu atau wanita kalau tidak bertaqwa maka kerja mereka ialah mengumpat, bersolek untuk tujuan menunjuk-nunjuk, gila dunia yakni gilakan perabut, hiasan, gelang, pakaian berfesyen-fesyen hingga lupa pada Allah, dan lupa pada akhirat. Seorang isteri yang tidak bertaqwa tidak akan dapat melayan dan mentaati suami dengan baik disebabkan tidak ada pada mereka sifat merendah diri dan memandang mulia pada suami. Mereka bebas untuk keluar masuk rumah dan menyusun program sendiri tanpa memikirkan apa kata suami.
Bila isteri berada dalam keadaan begini maka rumahtangga bukan lagi gelanggang cinta dan kasih sayang, untuk suami merasa berada dalam mahligai yang penuh kebahagiaan dengan anak-anak yang terdidik dengan akhlak mulia dan ilmu yang berguna. Rumahtangga tidak menjanjikan kebahagiaan.
Lalu jadilah apa yang telah dan sedang terjadi. Oleh kerana semua manusia inginkan kasih sayang dan kebahagiaan, dan di rumah tidak dapat menyediakan itu semua, maka tentu mereka cari di luar. Disko, kelab malam dan tempat manusia mancari kasih dan kebahagiaan secara keji itu sering penuh, bahkan merupakan satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Ada yang menagih kasih dan bahagia dari dadah, dari arak dan dari segala hiburan-hiburan yang kotor-kotor. Mereka menyangka di situlah kebahagiaan hidup, walaupun mereka sedar bahawa melakukan semua itu bererti kehinaan dan kebinasaan hidup. Sebda Rasulullah saw bermaksud:
“Dunia ini ialah perhiasan. Dan perhiasan yang paling cantik ialah wanita solehah.”
Semua orang tertarik pada perhiasan. Apa lagi kalau alat perhiasan itu adalah sesuatu yang sangat cantik. Jadi, kalau dalam sebuah rumah itu ada wanita solehah, maka ahli-ahli rumah itu akan tertarik untuk sentiasa berada di rumah kerana ada penyejuk serta penenang hati dan mata mereka. Rumah adalah hiburan dan ketenangan hati mereka.
Kalau pemuda atau pemudi tidak bertaqwa, maka jadilah mereka manusia yang suka berpoya-poya, bercinta-cintaan dan berlagak ke hulu ke hilir dan rasa ingin menunjuk-nunjuk diri. Bahkan menjadi kutu jalan. Mereka mengorat perempuan-perempuan tanpa malu bahkan sudah jadi permainan yang lumrah. Rasa hasad dengki, iri hati dan cemburu sesama sendiri bersarang penuh dalam hati mereka. Mereka sering berangan-angan, khayal dan lalai dari tugas-tugas yang sepatutnya. Dan semua ini dapat kita saksikan dalam lakonan hidup mereka. Kes-kes zina di kalangan muda mudi yang turut melibatkan pelajar-pelajar sekolah sudah jadi perkara biasa dan seakan-akan mahu dibiarkan berterusan oleh kita.
Terlalu sedikit muda mudi yang memperjuangkan agama Islam, bangsa, negara dan tamadun umat supaya kita jadi gagah dan mulia di mata dunia. Yang banyaknya mereka itu sedang membina budaya lucah, gila harta, gila wanita, gila pangkat dan saling berebutan membuat jentera penggerak pembangunan tamadun dan nilai kita jadi lemah dan lembab sekali.
Mereka tidak kerja kalau bukan makan gaji. Masa kosong dibuang ke padang bola, bukan memikirkan projek pertanian, perindustrian dan lain-lain yang sungguh penting untuk membina kekuatan umat. Berapa kerat muda mudi yang dapat menunaikan sepenuhnya tuntutan sembahyang lima kali sehari itu? Maka sebanyak itu sajalah dari mereka yang boleh diletakkan harapan, selebihnya adalah pengganggu, pengacau dan penghalang perjuangan kebenaran.
Muda mudi yang bertaqwa ialah orang-orang yang serius terhadap tanggungjawab pada agama bangsa dan negara. Mereka menyediakan tenaga, masa, fikiran dan semangat untuk tugas ‘Khalifah Allah’ di dunia. Mereka sanggup tinggalkan budaya berseronok-seronok, berpoya-poya dan berlagak serta bergaya tidak menentu.
Begitulah jauh bezanya antara umat yang bertaqwa dan tidak bertaqwa. kalaulah kita dapat capai maqam ini, insyaAllah akan jadilah kita bangsa dan agama yang aman makmur, seperti yang kita laungkan dan idam-idamkan. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:
“Negara yang makmur dan mendapat keampunan Allah.”

PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM
Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw:
“Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.”
Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.
Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis.
“Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.”
Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.”
Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.
Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.
1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.
Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.
3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.
5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s
8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.
10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.
Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:
“Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”
“Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”
Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat.
Wednesday, January 26, 2005
Sekelumit Bicara Tentang Taqwa
Moga pertemuan kita ini bukan sia-sia. Moga ada manfaatnya untuk kita di dunia. Lebih-lebih lagilah di Akhirat. Sesuai dengan maksud firman Tuhan: “Hendaklah kamu membawa bekal (di akhirat nanti) dan sesungguhnya sebaik-baik bekal ialah bekalan taqwa.”
Bercakap mengenai ayat di atas, terpanggil saya untuk menyentuh sedikit tentangnya. Bagaimana dalam bertemu-temu atau dalam keadaan bersembang-sembang boleh menjadikan ia sebagai bekalan taqwa. Secara ringkas, bila bertemu atau sembang-sembang atas kerana Tuhan, insyaAllah, itulah bekalan taqwa. Tapi kalau bertemu sekadar untuk dunia, ada terselit kepentingan diri pula dan tidak sertakan Tuhan, susahlah ianya nak menjadi bekalan taqwa. Jadilah ia sia-sia sahaja, kosong, tidak ada apa-apa nilai di sisi Tuhan.
Bila sebut “atas kerana Tuhan”, sudah pasti ada syariatNya yang perlu diikuti. Bukan sekadar niat untuk Tuhan kemudian boleh mudah-mudah dapat bekalan taqwa. Tapi, kena ikut kaedah yang Tuhan mahu. Ada syarat-syaratnya. Dan syarat-syarat itu bukan setakat syarat lahir sahaja. Malah ada juga syarat-syarat batinnya. Semua ini takkan kita dapat kalau tidak didasarkan dengan ilmu. Dengan ilmulah, kita boleh dapat semua ini. Ilmu yang bagaimana? Bukan ilmu sembarangan, tetapi itulah dia ilmu hikmah. Ilmu hikmah ini adalah ilmu di dalam ilmu. Ia hanya diberikan kepada ahli hikmah. Ahli hikmahlah yang dapat ilmu seperti ini dan diturunkan pula kepada yang mahu menerimanya. Siapa ahli hikmah ini? Al-Quran ada menerangkan orang seperti ini.
“Barangsiapa yang diberi ilmu hikmah, dia diberi sesuatu yang banyak”. (Al-Baqarah: 269)
Dalam ayat lain pula, Allah minta kita merujuk kepada orang seperti ini:
“Bertanyalah (tentang berbagai ilmu) kepada ahli zikir (ahli hikmah) jika kamu tidak mengetahui”. (An-Nahl:43)
Jadi, kesimpulannya, “point-point” penting yang nak disebutkan di sini ada empat:
1.Apa sahaja kita lakukan mesti dikaitkan dengan bekalan taqwa.
2.Nak faham tentang bekalan taqwa dan syarat-syaratnya, kena ada ilmu.
3.Ilmu bukan sembarangan ilmu tetapi mestilah ilmu hikmah.
4.Nak dapatkan ilmu hikmah, kena belajar dengan ahli hikmah atau ahli zikir.
Begitulah secara lebih kurang, panduan untuk kita. Moga dengan catatan ringkas ini, kita mendapat ilmu.
Mengapa perlu kita berdoa?
Kita berdoa kepada Tuhan. Bukan Tuhan tidak tahu segala keperluan kita. Luar dalam kita Tuhan tahu. Apa kita ingat Tuhan tak tahu? Kita susah. Kita miskin. Kita dianiaya. Kita dalam masalah. Fikiran kita, jiwa kita dan bermacam-macam lagi, semuanya dalam pengetahuan Tuhan. Jadi, kenapa pula kita perlu berdoa? Sudah tadi, kita sebut Tuhan tahu. Kita tak berdoa pun, Tuhan tetap tahu isi hati kita. Apa keperluan kita. Apa kehendak kita. Apa yang kita mahu, dan apa yang kita tidak mahu. Sudah pasti segala kebaikan yang kita mahu itu, Tuhan tahu. Dan segala kejahatan yang kita tak mahu itu, Tuhan tahu juga. Kita berdoa atau tak berdoa sama sahaja. Sebab kita yakin Tuhan tahu. Kita berdoa pun, kalau Tuhan tak mahu kabulkan, tak terkabul juga. Kita tak berdoa, tetapi Tuhan mahu kabulkan sesuatu kepada kita, akan berlaku juga. Ikut suka Tuhan sebenarnya, sebab Dia Tuhan. Sedangkan kita ini hanya hambaNya.
Jadi apa perlu kita berdoa? Berdoa itu perintah Tuhan. Berdoa itu Tuhan yang suruh sepertimana dalam Al-Quran, Tuhan menyeru kepada hamba-hambaNya: “Berdoalah (minta) kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan” (Al-Mukmin:60)Tuhan juga ada memperkenalkan diriNya sebagai tempat kita meminta sepertimana yang selalu kita baca dalam Surah Al-Fatihah : “Hanya Engkau (Tuhan) yang aku sembah dan hanya Engkau tempat aku meminta pertolongan”.
Kesimpulannya, kita berdoa itu sesuailah dengan sifat kita sebagai hamba. Maknanya kita ada tempat pergantungan. Kita ada tempat rujuk. Sebagai hamba, kita perlukan Tuhan. Kita buat apa sahaja, kena minta padaNya. Baik sebelum, sedang atau selepas berbuat sesuatu, sebagai hamba, kenalah kita berdoa padaNya. Jadi sesuai sangatlah “berdoa” itu, kerana ia mengikat hubungan hamba dengan Tuhan. Supaya hamba itu ada tempat rujuk, tempat bergantung, tempat meminta, tempat mengadu, di mana segalanya itu ada pada Tuhan. Dia sangat suka kepada hambaNya yang meminta-minta bahkan disuruhnya lagi sepertimana dalam ayat yang tersebut di atas. Tanpa berdoa, secara tak langsung menghilangkan peranan hamba tadi. Tidak berdoa menunjukkan hamba itu sombong dengan Tuhannya. Seolah-olah hamba itu merasa dia boleh buat sesuatu dengan sendirinya. Seolah-olah dia tak perlukan Tuhan. Begitu sekali!
Seperkara lagi yang patut kita tahu, kuasa Tuhan tidak terbatas. Dia adalah segala-galanya. Kalaulah kita yakin sebegini, patut sangat kita berdoa padaNya. Sebab Dia yang mencatur. Segala isi dunia ini milikNya. Dia boleh buat apa sahaja terhadap ciptaanNya. Kita ini juga adalah dibawah kawalanNya. Sungguh, kita berdoa itu, dengan penuh harapan agar Dia berbuat sesuatu untuk kita. Moga-moga kebaikan yang kita harapkan dapat Dia tunaikan. Ataupun kejahatan yang kita mohon jauhkan, dapat Dia hindarkan daripada kita. Sebab kuasa ada di tanganNya.
Selain itu, berdoa adalah ibadah. Banyak mana kita berdoa, ia adalah ibadah kita dengan Tuhan. Tak salahlah, malah ibadah yang dilaksanakan dengan ikhlas akan diberi pahala oleh Tuhan. Walaupun tak terkabul permintaan kita, tetapi dengan doa sahaja tadi, ia akan menambahkan pahala kita. Begitulah peranan doa agar kita faham dan dapat jadikan panduan.
Wednesday, January 19, 2005
TUHAN PENGHIBUR AGUNG
Kedatangan Islam di dunia adalah untuk menghiburkan manusia. Di situ indahnya Islam, sebab Islam itu menghibur. Penghibur yg paling besar ialah Tuhan Yang Maha Agung. Kalau Tuhan itu dikenali, kalau kita tahu kerja2 Tuhan, maka Tuhan sangat menghiburkan. Tuhan penghibur agung. Contohnya menceritakan benda biasa yg selalu kita tempuh, kita tidak sedar, spt menyedut udara, udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara kita mati. Kita tak sedar ini menghibur. Bila Tuhan cabut udara itu, ertinya tak terhibur. Bumi yg kita pijak adalah ciptaan Tuhan. Bila mendongak ke langit biru, langit Tuhan, menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah. Kita pergi ke pasar cari lauk, ikan, daging, sayur2an, ini semua menghiburkan. Tapi kita tak perasan dan tak pernah diceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.
Bila kita bekerja kita gunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur tak boleh tidur. Mengantuk menghiburkan. Bila tidur menyegarkan badan dan segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan. Bertemu manusia, kita meluahkan perasaan, dapat berkongsi rasa. Dia pun meluahkan perasaannya kepada kita. Lega rasanya, itu hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan sahaja. Apabila kita membuat sesuatu perkara yg baik kita disuruh menyebut nama Tuhan. Sebab itu Tuhan pilih salah satu dari 99 nama Allah. Tuhan suruh kita sebut. Bismillahirahmanirrahim.
Tuhan kenalkan diri-Nya, Akulah Penghibur. Tuhan tak suruh kita sebut Bismillahijabbarul Qahhar. Tapi kita tak perasan, kita tak sedar. Kita hanya tahu kalau kita sebut dapat fadhilat. Kita selama ini tak diajar Tuhan penghibur agung. Kita diajar fadhilat sahaja.Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja, siang utk keperluan kerja. Malam utk berehat, kena tidur. Tak terhiburkah? Kita selama ini tak pernah diajar tauhid macam ini. Tuhan itu penghibur agung, tak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itu Allah datangkan syariat, seolah2 Tuhan berkata “ Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan system hidup buat menghiburkan kamu.”Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Syariat mengajarkan kita, kalau orang bersalah kita maafkan. Tak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan sakit orang itu. Jiran kena jaga walaupun bukan Islam, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tak terhiburkah? Bila berkawan, Tuhan kata kena setia. Tak terhiburkah? Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tak terhiburkah? Cuba baca sejarah, orang yg paling kuat berjuang seperti Rasul tak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa sebelum jadi nabi. Itupun secara tak sengaja.
Rasulullah masuk medan perang 27 kali tetapi tak sekalipun membunuh orang, padahal peluang ada. Kalaupun ada peluang Rasulullah maafkan. Tak terhiburkah hati orang? Tuhan datangkan Rasulullah utk menghiburkan manusia. Dengan musuh, kalau mereka tak masuk Islam, Rasulullah biarkan, dengan harapan suatu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tak terhiburkah? Kenapakah ulama hari ini bila menyuruh tentang jihad, mau bunuh orang? Dari mana mereka dapat? Dari mana mereka belajar? Para Rasul tak ada yg berbuat begitu. Orang bukan Islam jadi takut, orang Islam pun jadi takut. Jadi hari ini Tuhan minta kepada manusia utk menghiburkan orang. Tuhan datangkan orang2 berjuang utk menghiburkan orang walaupun mereka susah, yg penting orang terhibur.Sekian sahaja, ampun maaf di atas kelemahan dan kekurangan. Wabihiwallahu’alam.
Friday, January 14, 2005
Kenalkah kita dengan Tuhan?
Hari ini ramai di antara kita yang mengaku ada Tuhan. Ramai di antara kita menyebut tentang Tuhan, memperkatakan tentangNya dan di mana-mana biasa didengar, orang menceritakan tentang Tuhan. Itulah dia Tuhan yang layak disembah, Dialah Tuhan Maha Esa, yang disebutkan di dalam Al-Quran. Dialah Tuhan yang sama, diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. Malah, Tuhan itu juga yang diperkenalkan oleh nabi-nabi sejak zaman Nabi Adam lagi.
Sudahkah begitu? Atau takut-takut kita ini hanya takat kenal-kenal biasa sahaja. Bolehlah bercerita, bolehlah menyembah, bolehlah bercakap-cakap dengan Tuhan, tapi tak sampai ke mana. Sebabnya kita takat kenal Tuhan di akal. Kalau di akal, itu baru “tahu” tentang Tuhan. Tahu tentang Tuhan tak sama dengan kenal Tuhan. Kenal Tuhan dalam maksud agama itu ialah kenal di hati. Iaitu bila dapat merasa-rasa di hati tentang Tuhan. Berbagai rasa timbul sehingga hati bergelora dan bergelombang. Salah satu rasa itu ialah takutkan Tuhan. Takut sungguh hingga tak berani nak abaikan suruhanNya. Takut sungguh hingga tak berani nak lakukan laranganNya. Hati bergelora juga bila timbul rasa cinta kepada Tuhan. Rasa cinta yang mendalam akan mendorong diri untuk menghiburkan Tuhan. Cara mana nak hiburkan Tuhan itu banyak. Tetapi bagi Tuhan, kalau benar kita nak hiburkan Tuhan, hiburkanlah makhluk ciptaanNya. Contohnya, kita buat baik dan memberi khidmat kepada manusia.
Mari kita renung-renung kembali, kita dengan Tuhan ini, bagaimana? Tahap mana? Baru tahu sahaja tentangNya atau memang dah kenal betul. Kalau masih jauh lagi dari mengenaliNya, patut ada rasa malu. Patut ada rasa susah hati dan bimbang. Mana tidaknya, kita mengaku kita ada Tuhan, sembah Tuhan, malah selalu sahaja kita mengadu padaNya, tetapi kita tidak kenal akanNya. Sebagai hamba, ini tidak patut berlaku. Hubungan hamba dengan Tuhan bergantung sejauhmana hamba itu benar-benar mengenali TuhanNya. Moga-moga, ini mendapat perhatian dari kita semua.

Sudah kita sebut, sudah kita cerita, ada ilmu sedikit sebanyak tentangNya, juga sudah kita menyembah Dia. Persoalannya, apakah Tuhan itu benar-benar kita kenal. “Kenal” dalam ertikata kenal dan faham Tuhan sungguh-sungguh. Iaitu benar-benar kenal sifat-sifatNya. Dapat pula merasa kewujudanNya, dapat merasa yang Dia ada dan Dia berperanan dalam hidup kita. Dapat juga faham kerja Tuhan, yang antara lain, Dia sentiasa mengawasi setiap detik dan ketika, tidak terlepas kita dari pemerhatianNya.
Sudahkah begitu? Atau takut-takut kita ini hanya takat kenal-kenal biasa sahaja. Bolehlah bercerita, bolehlah menyembah, bolehlah bercakap-cakap dengan Tuhan, tapi tak sampai ke mana. Sebabnya kita takat kenal Tuhan di akal. Kalau di akal, itu baru “tahu” tentang Tuhan. Tahu tentang Tuhan tak sama dengan kenal Tuhan. Kenal Tuhan dalam maksud agama itu ialah kenal di hati. Iaitu bila dapat merasa-rasa di hati tentang Tuhan. Berbagai rasa timbul sehingga hati bergelora dan bergelombang. Salah satu rasa itu ialah takutkan Tuhan. Takut sungguh hingga tak berani nak abaikan suruhanNya. Takut sungguh hingga tak berani nak lakukan laranganNya. Hati bergelora juga bila timbul rasa cinta kepada Tuhan. Rasa cinta yang mendalam akan mendorong diri untuk menghiburkan Tuhan. Cara mana nak hiburkan Tuhan itu banyak. Tetapi bagi Tuhan, kalau benar kita nak hiburkan Tuhan, hiburkanlah makhluk ciptaanNya. Contohnya, kita buat baik dan memberi khidmat kepada manusia.
Mari kita renung-renung kembali, kita dengan Tuhan ini, bagaimana? Tahap mana? Baru tahu sahaja tentangNya atau memang dah kenal betul. Kalau masih jauh lagi dari mengenaliNya, patut ada rasa malu. Patut ada rasa susah hati dan bimbang. Mana tidaknya, kita mengaku kita ada Tuhan, sembah Tuhan, malah selalu sahaja kita mengadu padaNya, tetapi kita tidak kenal akanNya. Sebagai hamba, ini tidak patut berlaku. Hubungan hamba dengan Tuhan bergantung sejauhmana hamba itu benar-benar mengenali TuhanNya. Moga-moga, ini mendapat perhatian dari kita semua.
sumber:www.rufaqa.com
Tuesday, January 11, 2005
Mencari Tuhan dalam Kehidupan
Tuhan itu wujud. Tuhan itu sentiasa berperanan dalam setiap detik kehidupan kita. Mana mungkin kita boleh lupakan Tuhan. Mana mungkin Tuhan boleh dipinggirkan begitu sahaja. Bahkan tiap masa dan ketika, kita kena merasakan kehadiran Tuhan dalam hidup kita. Bukan itu sahaja, kita juga kena rasakan pelbagai kebesaranNya. Dialah Maha Pemurah , Dialah Maha Penyayang. Dialah Maha Memberi rezeki. Dialah Maha Menciptakan. Dialah Maha Memerhati dan Maha Mendengar. Dialah Maha segala-galanya.
Tuhan mempromosikan diriNya pelbagai cara. Sudah tentu Tuhan memperkenalkan dirinya itu agar manusia kenal dan dapat mendekatiNya. Agar manusia sedar yang Dia wujud, Dia berkuasa dan Dia berperanan dalam hidup manusia. Salah satu cara yang Tuhan lakukan untuk tujuan itu ialah melalui ciptaanNya. Dia jadikan langit, bumi, gunung-ganang, bukit-bukau, sungai dan lautan juga manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan supaya manusia memerhati dan memikirkan semua itu agar manusia dapat merasakan kewujudanNya.
Tuhan ada menyebutnya di dalam Al-Quran, “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Al-Imran:190). Tuhan menyambung lagi dalam ayat seterusnya, “iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata), Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia”.
Perkataan “yazkuru” atau mengingati dalam ayat tersebut bukanlah sekadar ingat atau memikir di akal sahaja. Maksud “yazkurunAllah”, ini yang lebih tepat lagi ialah merasa-rasa pelbagai kebesaran Tuhan bilamana kita memerhati dan memikirkan kejadian langit dan bumi. Bila ini berlaku, barulah kita dapat kenal Tuhan. Barulah terkait ciptaan Tuhan tersebut dengan diri kita sebagai hamba. Ia memberi kesedaran kepada kita, semua ciptaanNya itu selain untuk manfaat kegunaan manusia, tetapi ada maksud Tuhan itu sendiri. Agar manusia kenal Tuhan dalam ciptaan-ciptaan Tuhan. Kalau ini berlaku, tidak timbullah masalah hamba yang tidak mengenal TuhanNya. Selama ini, manusia itu mengaku hamba Tuhan, menyebut, “kami ada Tuhan”, malah menyembah Tuhan, namun ramai di antara manusia yang tidak kenal Tuhan.
Oleh itu carilah Tuhan dalam kehidupan. Kenalilah Dia, datanglah kepadaNya. Ini boleh dilakukan dalam kehidupan seharian kita dengan memerhati serta memikirkan tentang kejadian ciptaan Tuhan. Maha suci Tuhan, tidak Tuhan jadikan segala sesuatu itu dengan sia-sia.
Sumber: www.rufaqa.com
Wednesday, January 05, 2005
KEPUTUSAN ALLAH PALING TEPAT
Dalam membuat sesuatu keputusan kebanyakan manusia hari ini tidak menyandarkan setiap keputusan yang diputuskan itu pada Allah. Justeru itulah kelihatan dewasa ini ramai manusia yang sakit jiwa, hidupnya menderita, tertekan, sangka buruk kepada Allah. Seringkali juga menyalahkan orang lain jikalau apa yang diingininya gagal.
Ada segolongan manusia hari ini membuat keputusan ingin jodohkan anaknya dengan si fulan si fulan, tiba-tiba perancangan atau keputusan yang mereka putuskan itu dengan kehendak Allah gagal. Jadi mereka yang tidak yakin dengan keputusan Allah itu adalah sebaik-baik keputusan, di saat itulah akan berlakunya pertengkaran.
Boleh jadi kaum keluarga pihak lelaki akan marahkan kaum keluarga pihak perempuan sekiranya pihak perempuan yang menolak pinangan mereka. Hasil dari perasaan tidak puas hati itu, akan putuslah persaudaraan sekiranya selama ini mereka ada pertalian darah, akan putuslah ukhwah dan silaturahim, sesama jiran sekampung sekiranya mereka berjiran dan akan putus hubungan persahabatan sekiranya mereka selama ini merupakan sahabat karib yang paling akrab dan begitulah seterusnya.
Perselisihan faham demikian tidak akan selesai sekiranya manusia hari ini masih lagi merasakan setiap keputusan dari akal fikiran mereka itu adalah lebih baik daripada keputusan orang lain ataupun mereka merasakan keputusan dari Allah itu tidak adil dan menyeksakan.
Begitu juga dalam peperiksaan, kebanyakan para pelajar ataupun mahasiswa-mahasiswi akan kecewa kiranya mereka gagal dalam peperiksaan yang mereka hadapi. Dalam hal ini si ibu atau si bapa (penjaga) akan menyalahkan anak jika si anak gagal dalam peperiksaan, terluncurlah dari mulut kedua ibu bapa dengan kata-kata yang kesat dan menyakitkan.
Antara kata-katanya, “Anak tak guna, bodoh, bengap,” dan sebagainya. tambahnya lagi “Rugi duit aku, sekolahkan engkau tinggi-tinggi tapi tak seperti anak orang lain, tak boleh diharap.” Kata-kata seperti ini menyebabkan jiwa si anak tertekan lantas mengambil keputusan yang singkat seperti membunuh diri, melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan jahat, liar, lari dari rumah, jadi pengacau di kotaraya, jadi kutu di kaki-kaki lima dan sebagainya.
Kedua ibu bapa malu pada orang ramai kiranya anak mereka gagal dalam peperiksaan. Malunya mereka tidak dapat diucapkan dengan lidah. Begitulah perasaan yang menguasai setiap jiwa yang tidak yakin dengan keputusan dari Allah itu adalah sebaik-baik keputusan.
Bagi ibu bapa yang yakin bahawa anaknya gagal dalam peperiksaan, mungkin mengandungi hikmah yang banyak akan berkata, “Alhamdulillah, tak apa nak… sudah begitu kehendak Allah, Allah Maha Mengetahui, tahun depan boleh cuba lagi.” Mendengarkan ungkapan kata-kata seperti itu jiwa anak yang kacau, sedih dan pilu itu kembali bertenaga dan hidup serta bersyukur pada Allah kerana kedua ibu bapanya faham akan isi hatinya. Barulah aman dan bahagia rumahtangga yang demikian.
Hubungan suami isteri boleh juga retak disebabkan satu kes kecil seperti kes hendak balik kampung. Si isteri yang tidak berpegang teguh dengan keputusan dari Allah adalah paling tepat, ia akan kecewa kiranya si suami berjanji hendak balik kampung sekian-sekian haribulan, sekian-sekian hari, tiba-tiba bila tepat hari sebagaimana yang telah dijanjikan, suaminya ada urusan lain yang lebih penting, maka dibatalkannya keputusan untuk balik kampung.
Bagi si isteri yang tidak faham dan tidak yakin dengan keputusan ini ia akan mengamuk, akan membuat kerenah akhirnya tidak mustahil sebab kes hendak bailk kampung saja, hubungan suami isteri tegang dan akan berlakulah kes perceraian.
Ada juga menusia hari ini ia tidak redha dengan keputusan dari Allah tentang kehidupan sehari-harian. Hasratnya belajar tinggi-tinggi, bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran untuk memperolehi sijil yang baik. Tiba-tiba itu semua diperolehinya tetapi bila temuduga minta kerja tidak juga dapat-dapat. Bercita-cita ingin jadi Pegawai Daerah tetapi malangnya dapat jadi kerani biasa, bercita-cita nak jadi doktor tetapi jadi pemandu kereta ambulan, bercita-cita nak jadi pramugari tetapi tidak terpilih, hanya berjaya jadi pelayan-pelayan restoran sahaja, bercita-cita nak jadi pemimpin negara tetapi keputusan dari Allah jadi rakyat jelata, maka kalau jiwa tidak bersedia sabar, redha dan syukur dengan ketentuan Allah, hal ini boleh menyebabkan orang berkenaan sakit jiwa serta menderita lahir dan batin.
Lebih parah lagi sekiranya sampai ke peringkat merasakan, “Allah tak patut, aku nak ini Ia beri yang lain, aku nak jadi pegawai, Allah beri aku jadi kerani pula.”
Rasa tidak puas hati seringkali mencuit isi hati, “Allah tak adil betul, sepatutnya layak aku jadi pramugari kenapa si fulan itu pula yang dipilih. Sedagkan sifulan tu…. bukannya cantik sangat, dah la tu…. tak ada degri dan kelayakan langsung,” dan macam-macam lagilah bisikan syaitan pada hati kecil kita. Akibatnya kita menjadi musuh Allah tanpa sedar.
Hendak jadi orang kaya, tiba-tiba Allah beri miskin. Salahkan Allah lagi, “Kenapalah Allah tak beri aku jadi orang kaya, kalau aku kaya kan lebih baik dari si fulan tu. Kalau aku kaya aku akan bantu semua fakir miskin yang memerlukan bantuan, tak seperti si fulan tu…. dah lah bakhil, sombong pulak tu…..”
Begitulah jahatnya hati kecil kita yang terselit bisikan syaitan. Sudah banyak nikmat lain yang Allah beri, tidak juga bersyukur. Masih lagi menagih nikmat yang bukan hak kita. Sebelum dapat macam-macam yang baik boleh kita lafazkan, bila sudah dapat belum tahu, mungkin kita lebih gelojoh, bakhil dan sombong daripada orang yang kita maksudkan sebelum ini. Sebab itulah Allah tidak beri pada kita sebab Dia sayangkan kita dan hendak selamatkan iman kita.
Sepatutnya bersyukurlah Allah tidak beri apa yang kita tidak mampu, mungkin kalau Allah beri kita yang rugi. Menyesal tidak sudah. Bersyukurlah sekiranya apa yang dihajati oleh nafsu kita tidak diberi oleh Allah. Kerana banyak mengandungi hikmah sebaliknya, Allah yang Maha Mengetahui sedangkan kita buta segala-galanya. Kita tidak nampak apa yang belum berlaku sedangkan Allah Maha Melihat. Sebab itu yakinlah bahawa keputusan dari Allah itu adalah yang paling tepat dan sebaik-baik keputusan.
Jadilah hamba yang redha dan sabar dengan setiap keputusan dari Allah swt.
Akal Jangan Dibiarkan Bersendirian
Akal jangan dibiarkan bersendirian
Kerana ia adalah ciptaan Tuhan
Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan kekurangan dan kelemahannya
Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat-sifat kekurangan
Hendaklah dia diberi kekuatan
Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan Tuhan jangan bersendirian
Akal adalah guru diri manusia
Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan Akhirat bagi insan
Pemandu hidup manusia di maya pada Tuhan
Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu oleh wahyu Tuhan
Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian
Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan
Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti tersesat jalan
Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti tersesat jalan
Tersesat jalan risikonya amat mengancam kehidupan insan
Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan bersambung di Akhirat kelak dengan azab Tuhan
Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia mestilah dipimpin oleh Tuhan
Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar dia memimpin manusia tidak tersesat jalan
Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal
Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal
Bukan ertinya menggunakan akal yang bersendirian
Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan, itulah yang dimaksudkan
Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan
Setiap manusia haraplah ambil perhatian
Jika manusia mahu selamat di atas jalan keselamatan
Nukilan : Ustaz Hj Ashaari Muhammad
Tarikh : 16 Dec 2004
Tuesday, January 04, 2005
AKIBAT LEMAH IMAN DAN PUTUS UKHWAH
Mengapa sepasang kekasih yang bercinta sebelum berkahwin penuh kemesraan, bercakap pun lemah-lembut dan kalau berlaku kesilapan kecil mudah sekali dimaafkan, tetapi lain pula jadinya setelah berkahwin?
Mengapa selepas berkahwin rumahtangga sentiasa di alam pergeseran? Kadang-kadang dalam sehari berulang kali bertengkar. Pertelagahan terus berlarutan walaupun telah memperolehi anak dan kadang-kadang sampai beranak sepuluh pun masih tak habis-habis pertelagahan.
Hari ini pertengkaran dan pergeseran suami isteri seolah-olah menjadi lumrah hidup berumahtangga. Kadang-kadang muka pun dan mula berkedut, namun masih belum menemui jalan penyelesaian ke arah rumahtangga aman masih belum ditemui. Akhirnya anak-anak sendiri (ada diantaranya yang telah dewasa) meluat dengan perangai buruk kedua orang tua mereka.
Tidak payah kita memerah otak untuk mencari sebab mengapa hal ini boleh berlaku. Tidak perlu ditulis kertas kerja demi kertas kerja untuk mencari rumusan tentang punca-punca berlakunya pergeseran itu. Punca utamanya ialah kerana hilang rasa kasih sayang dan tidak adanya rasa ukhwah antara suami isteri. Dan putusnya ukhwah itu adalah kerana ketandusan iman.
Tandusnya iman menyebabkan baik suami mahu pun isteri tidak lagi berusaha untuk bersifat seperti sifat orang mukmin, yang takutkan Allah, takut kepada neraka Allah dan rindu kepada syurga Allah. Bila iman longgar, tiada lagi rasa takut dengan dosa, tidak lagi takut dengan kemurkaan Allah. Isteri sudah berani menengking suami, tidak lagi taat kata-kata suami, tidak hormat pada suami hingga jadilah dia isteri yang derhaka. Suami pula sudah mula melalaikan tanggungjawabnya sebagai ketua dalam rumahtangga, tidak memberi didikan sepenuhnya kepada isteri.
Akibat dari itu, rumahtangga tidak lagi menjadi syurga bagi suami isteri, malah bagi sesetengahnya rumah sendiri dianggap neraka lantaran terlalu kerap berlakunya pergaduhan. Perkara yang kecil diperbesar-besarkan hingga mengakibatkan satu perselisihan besar. Pinggan mangkuk, periuk belanga terbang melayang dan peluru berpandu terpancar dari mulut masing-masing. Isteri kata suami yang salah dan suami pula tuduh isteri yang salah.
Tuduh-menuduh tidak membawa kesudahan hinggakan perkara-perkara yang berlaku sebelum kahwin pun diungkit kembali. Terbitlah kata-kata: Bukan aku yang hendakkan kamu tetapi kamulah yang tergila-gilakan aku.
Begitu pedih sekali kata-kata yang keluar akibat nafsu jahat yang tidak dibendung. Akhirnya runtuhlah rumahtangga yang dibina atas dasar cinta sama cinta yang tidak mengikut lunas-lunas keIslaman.
Begitulah yang sering berlaku bila tiada iman. Kalau iman kukuh, kesilapan dan pergeseran yang besar akan dianggap kecil sahaja. Mudah sahaja diselesaikan dengan cara bermaaf-maafan. Dan kalau kesilapan kecil langsung tidak dirasakan apa-apa. Rumahtangga yang terbina dengan ukhwah dan kasih sayang, akan dihiasi dengan percakapan penuh kemesraan dan penuh hormat. Masing-masing mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
Jika ada perkara-perkara yang tidak menyenangkan hati berlaku, maka suami-isteri yang beriman akan segera merujuk kepada Allah, serta mengharap sepenuhnya bantuan-Nya. Masing-masing takut melakukan kesalahan kelak. Natijahnya, rumahtangga penuh aman damai.
Bagi mereka yang beriman akan menginsafi bahawa setiap bala dan ujian yang menimpa diri pasti ada sebab musababnya. Dan tidak ada seorang manusia pun yang dapat lari dari ujian. Lebih tinggi taraf iman seseorang itu lagi banyaklah ujian yang Allah datangkan. Sabda Rasulullah saw bermaksud:
Ujian yang paling berat akan ditimpa pada Nabi-Nabi kemudian auliya-auliya, diikuti ahli-ahli sufi dan akhirnya disukat mengikut iman masing-masing.
Porak perandanya ruamhtangga adalah kerana jiwa suami isteri dikongkong oleh kehendak nafsu. Kehendak nafsu yang berbagai-bagai itulah saling cabar mencabar antara satu sama lain. Nafsu menimbulkan sifat mazmummah seperti bakhil, sombong, bersangka buruk, hasad-dengki, suka mengumpat, tidak mendengar nasihat, tidak taat suami dan banyak lagi.
Kepada pasangan suami isteri yang sering bertelagah antara satu sama lain, hendaklah insaf bahawa pertelagahan tidak akan berlaku sekiranya kita memiliki iman yang kukuh. Hanya mereka yang beriman saja akan sedar mengapa Allah berbuat begitu. Berkat sabar, redha dengan ujian itu pasti akan mendapat salah satu dari dua perkara. Iaitu samada ia merupakan penghapusan dosa atau kasih sayang Allah yakni ketinggian darjat di syurga.
Allah berjanji akan memberi pertolongan kepada mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah, firman-Nya yang bermaksud:
Orang yang bermujahadah (berjihad) pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang berbuat baik.
Tetapi jika kelemahan iman dan nafsu telah menjadi raja dalam diri, maka tidak hairanlah ada di antara hukum Tuhan yang patut dilaksanakan menjadi pertentangan. Contohnya, terdapat isteri yang memberi alasan suaminya kahwin lagi dan menyebabkan mereka bergaduh selalu. Bila peristiwa begini berlaku dalam kehidupan masyarakat, maka ramailah yang menuduh hukum Allah yang membenarkan suami berkahwin lebih dari satu, tidak dapat dilaksanakan.
Sebenarnya bukan poligami yang mengakibatkan runtuhnya sesebuah rumahtangga, bahkan suami yang memiliki isteri seorang pun sering kita dengar berperang yang akhirnya berkesudahan dengan pecahnya rumahtangga. Apabila pergaduhan menjadi semakin tegang, fikiran pun semakin buntu. Maka sebutan talak mula menjadi mainan. Si isteri terpekik-pekik meminta dicerai manakala si suami pula sewenang-wenangnya melafaskan talak tanpa memikirkan risiko kemudiannya.
Kepada mereka-mereka yang bercita-cita ingin mendirikan rumahtangga ataupun yang sedang menghadapi berbagai-bagai dilema rumahtangga hendaklah ingat, talak adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah swt. Perbuatan isteri yang suka meminta cerai mengakibatkan bergegarnya tiang Arasy dan diharamkan mencium bau syurga. Untuk lebih memahami syarat-syarat penceraian sila baca artikel saya dahulu dalam bab syarat-syarat penceraian.
Tapi kiranya benar si isteri mendapati bahawa suaminya memang benar-benar curang atau menentang dan memperkecil-kecilkan hukum Allah maka bolehlah dia menuntut cerai. Itu pun dia mesti merujuk dahulu ke pihak kadi agar dipertemukan jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya di antara keduanya.
APA TUGAS KITA DI DUNIA INI?
Untuk apa kita dicipta atau kenapa kita dihidupkan? Inilah di antara persoalan-persoalan yang sering menjadi tanda tanya kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Berbagai-bagai pendapat dan pandangan yang diperolehi.
Ada setengah mereka mengatakan hidupnya aku di dunia ini adalah untuk makan, minum, tidur, kahwin dan mati. Lepas mati habis kira. Waktu itu daging-daging reput dimakan ulat dan cacing-cacing.
Ada juga berpendapat begini, aku hidup untuk cari hiburan dan kumpul harta banyak-banyak agar puas dan dimuliakan orang. Bila sudah kaya, semua orang sayang dan puji aku. Waktu itulah mereka merasakan DUNIA AKU PUNYA, bukan ALLAH PUNYA.
Pendapat lain pula begini, Aku hidup ini supaya belajar tinggi-tinggi, setinggi yang mampu. Kemudian bila ada lulusan Diploma, Ijazah, Ba, Ma, Phd dan sebagainya, maka senanglah dapat pangkat tinggi, senang dapat gaji besar, terkenal di sana sini. Aku boleh jadi BOSS. Semua yang diidam-idamkan dapat, cerah masa depan. Mahu kereta besar menjalar, bila-bila masa saja. Mahu rumah banglo mudah saja, mahu cakap besar pun boleh sebab sudah jadi TUAN BESAR. Akan tetapi apakah pendapat dan pandangan ini selari dengan kaca mata
Islam?
Untuk mendapat jawapannya, mari kita lihat, berapa ramai orang yang kaya, orang yang terkenal, yang punyai kereta besar, pangkat dan gaji besar, orang yang disanjung dan termasyhur seperti bintang-bintang filem HOLLYWOOD telah membunuh diri kerana tidak dapat ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. Apakah benar jutawan-jutawan akan dipuji orang?
Kalau benar kenapakah kita sering kali terdengar dan terbaca dalam media massa cetak dan eletronik banyak yang memaparkan kes-kes pecah rumah yang berlaku pada hari ini? Orang-orang kaya nampaknya seringkali terganggu fikirannya. Hatinya sentiasa bimbang, cemas
dan takut rumahnya dimasuki orang, malah untuk menjaga rumah pun sehingga ada yang membela anjing atau mengupah jaga. Takut hartanya disamun orang, takut anak-anak gadisnya dicolek orang dan lebih parah lagi takut dirinya sendiri menjadi mangsa pembunuhan.
Apakah itu ketenangan abadi?
Allah kurniakan akal yang waras pada kita supaya kita berfikir. Berfikir tentang keEsaan dan keKuasaan-Nya, berfikir tantang apakah tujuan kita dihidupkan, berfikir ke mana kita akan pergi nanti dan apa yang akan terjadi setelah kita kembali kepangkuan-nya (Allah) tanpa membawa bekal yang cukup? Inilah yang wajib kita fikir selalu? Bukannya fikir macam mana hendak jadi orang kaya, macam mana hendak terkenal, macam mana hendak itu dan ini tanpa fikirkan nasib kita di akhirat kelak. Jawapan yang matang mengenai apa yang perlu kita fikirkan akan kita perolehi, sekiranya Al Quran dan Sunnah kita jadikan sebagai tempat rujukan kita. Firman Allah dalam Al Quran maksudnya: Tidak aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah aku. Bukan saja Allah yang menghendaki kita menyembahnya, malah akal dan hati kita sendiri pun bersetuju kita ini tunduk dan patuh pada Allah. Buktinya katalah suatu hari kawan kita kepada kita begini: Hai saudara, saudara ni hamba Allahlah apakah perasaan kita ketika itu? Tentu gembira, senyum-senyum simpul kita dibuatnya, malah secara OTOMATIK akal kita mengiakan perkataan itu. Ketika itu hati rasa puas, lega, seronok, lapang dan rasa berterima kasih padanya, walaupun pada hakikatnya kita tidak pernah tunduk dan rukuk pada Allah swt, tidak pernah ikut perintah Allah bahkan tidak pernah fikir cara hidup mengikut Al Quran dan Sunnah. Sebab apa hati kita rasa puas? Sedangkan kita tidak taat pada perintah Allah? Inilah dia bukti dan jawapannya bahawa sudah menjadi fitrah semula jadi manusia inginkan kebaikan walaupun pada hakikatnya dirinya tidak mampu hendak membuat kebaikan. Sebaliknya apa kata akal dan hati sekiranya kawan kita kata begini:Hai saudara! Saudara ni hamba syaitanlah, saudara ni hamba discolah, saudara ni hamba nafsulah, apa perasaaan kita ketika itu? Tentu
melenting, marah walaupun memang betul kita ni hamba nafsu, hamba kereta, hamba syaitan, hamba video, VCD dan gambar lucah, hamba disco dan hamba-hamba yang lain selain dari hamba Allah.
Ketika itu hati kita memberontak tidak setuju. Kenapakah ini berlaku dan lahir dalam diri kita? Sebab hati dan akal kita tidak bersetuju, malah kalaulah kita tidak tahan sabar mahu rasanya tempeling kawan kita itu. Hendak tahu benar atau tidak, cubalah kita dikatakan begitu di khalayak ramai. Hai mahu gugur kulit muka rasanya. Sebab apa? Malu!!!! jelas, kehendak Allah sama dengan kehendak hati dan akal kita sejak azali lagi.
Kalau benar akal dan hati setuju kita menyembah Allah, mengapa masih lagi angkuh dan sombong dengan Allah? Mengapa masih lagi mencabar kekuasaan Allah? Jawabnya, renungilah beberapa potong ayat suci Al Quran di bawah ini:
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata
Dan maksudnya lagi:
Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan
Kini tahulah kita bahawa nafsu dan syaitanlah yang punya angkara. Ia menggoda hati dan akal kita daripada terus mengingati Allah. Antara bisikan-bisikan nafsu syaitan, :Kalau kamu sembah Allah nanti susah, kalau kamu ikut Quran dan Sunnah, nanti jiwa kamu menderita, terkongkong, kalau taat pada perintah Allah umpamanya menutup aurat, nanti kamu tiada kawan, tinggal seorang diri macam kera sumbang jadinya. Selain dari itu macam-macam lagilah bisikan-bisikan yang benar-benar mengganggu fikiran kita. Benarlah firman Allah bermaksud:
Syaitan telah menakut-nakutkan kamu dengan membisik-bisikkan pada hati dan akal kamu. Jadi atas dasar itulah kita takut hendak sembah Allah.
Takut hendak ikut Quran dan Sunnah, takut disisih masyarakat, takut emak dan ayah tidak mengaku anak dan macam-macam lagi. Nampaknya syaitan dan nafsu sudah berjaya menguasai fikiran kita. Kini ia sudah berjaya menawan hati kita, sehinggakan umat Islam hari ini seringkali diburu oleh perasaan takut.
Buktinya lagi, kita lihat hari ini umat Islam takut hendak bersedekah atau mengeluarkan zakat. Kenapa? kerana takut miskin, takut papa kedana, takut kering periuk nasi, manakala ada yang takut hendak menutup aurat kerana takut tidak laku, takut tidak dilamar orang, takut jadi ;ANDARTU; dan sebagainya. Oleh kerana hati sentiasa diburu oleh perasaan takut, menyebabkan mereka takut hendak sembah dan patuh kepada perintah Allah.
Kita sebenarnya telah berjaya diperkotak-katikkan oleh musuh batin kita sendiri. Alangkah ruginya empunya diri, kerana dapat ditipu oleh hasutan syaitan dan hawa nafsu sendiri. Tetapi alangkah beruntungnya bagi orang-orang yang beriman, mereka berjaya menundukkan
dan menewaskan musuh-musuh tersebut. Nafsu dan syaitan setelah mengaku kalah dengan mereka ini, sebab itulah tidak hairan kalau kita lihat orang-orang yang beriman mereka sanggup bersusah payah demi mencari keredhaan Allah. Mereka sanggup mengorbankan harta, jiwa, fikiran, tenaga dan sebagainya demi mencari kasih sayang Allah dan Rasullullah saw. Mereka menerima hukuman-hukuman Allah dengan dada yang lapang, tanpa sebarang bantahan dan alasan. Bagi mereka KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH, inilah antara ucapan yang mereka lafazkan sekiranya Allah memerintahkan sesuatu kepada mereka. Umpamanya Allah menyuruh mereka mendirikan solat, mereka tidak tanya lagi untuk apa aku sembahyang?
Bagitulah juga dalam bidang-bidang yang lain. Akhirnya bila Allah berfirman:
TidakKu jadikan jin dan manusia kecuali menyembah diriKu
Maka mereka tidak tanya lagi kenapa perlunya aku sembah Allah, mengapa perlunya aku beribadah pada-Nya?
Jadi dapatlah kita ukur diri kita masing-masing. Apakah kita ini sudah benar-benar menyembah Allah? Apakah kita sudah benar-benar menjalani hidup di pentas sandiwara sementara ini dengan tunduk dan patuh pada Allah? Apakah kita sudah merelakan jiwa raga kita semata-mata untuk mencari MARDHAATILLAH yakni KEREDHAAN Allah atau sebaliknya?
Suluh-suluhlah diri kita selalu, sering-sering kalilah bertafakkur mengenangkan dosa-dosa kita dan mengenangkan apakah tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini sudah selesai atau belum. Rasulullah pernah bersabda maksudnya:
Orang yang bertafakkur (berfikir) sejanak lebih baik daripada orang yang mengerjakan sembahyang sunat 1000 rakaat dalam keadaan lalai
Kalau belum, mulailah dari sekarang jalankanlah peranan kita yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki Allah dan Rasulullah saw.
Jika kita mahu menjadi seorang lelaki atau suami yang benar-benar soleh serta diredhai Allah maka jalankanlah tanggungjawab kita sebagai seorang mukmin.
Seorang lelaki yang sempurna ialah dia yang tidak mempermudahkan dalam kewajipan-kewajipan kepada Allah. Dan seorang lelaki yang kurang ialah dia bersifat sebaliknya. Maksud dari penjelasan ini ialah seorang suami yang sudi memaafkan jika isterinya tidak amenghias dirinya dan tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain lagi tetapi ia bersikap keras jika isterinya tidak melakukan solat atau puasa dan lain-lain kewajipan itulah suami yang sempurna. Dan seorang suami yang bersifat keras jika isterinya tidak menghias dirinya atau tidak melayaninya dengan sempurna dan lain-lain tetapi dia bersikap acuh tidak acuh jika isterinya meninggalkan kewajipan-kewajipan kepada Allah seperti meninggalkan solat, puasa dan lain-lain, maka dia adalah seorang suami yang kurang.
Rasulullah saw bersabda:
Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, seorang imam yang memimpin manusia adalah pemimpin, dan ia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin dalam mengurusi ahlinya, ia bertanggunjawab atas yang dipimpinnya, seorang isteri adalah pemimpin di dalam rumahtangga dan bertanggunjawab atas yang dipimpinnya dan seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengurusi harta tuannya ia bertanggungjawab atas pemeliharaannya, seorang lelaki itu adalah pemimpin dalam mengurusi harta ayahnya, ia bertanggungjawab atas peliharaannya. Jadi setiap kau sekelian adalah pemimpin dan setiap kamu harus bertanggunjawab atas yang dipimpinnya.
Jika kita mahu menjadi isteri atau wanita yang benar-benar solahah serta diredhai Allah, maka sahutlah seruan Rasulullah saw yang bermaksud:
Apabila perempuan itu mengerjakan sembahyang lima waktu dan mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan menjaga farajnya (maruahnya) dan mentaati suaminya, dikatakan padanya masuklah olehmu akan syurga daripada mana-mana pintu yang kamu kehendaki
Tidak gembirakah kita (kaum wanita) di atas jaminan syurga dari Allah dan Rasulullah ke atas kita yang memenuhi syarat-syarat tersebut? Yakinlah, empat syarat di atas adalah tiket untuk melayakkan kita menduduki syurga Allah di akhirat kelak yakni menyempurnakan sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah diri (menutup aurat) dan sebagainya dan mentaati segala perintah suami walaupun kita dimadukan.
Sekiranya empat syarat tersebut diabaikan, bermakna kaum wanita menempah neraka, bermakna kita telah merelakan diri kita dicampak ke dalam tempat yang paling hina dan celaka. tahukah kita bahawa neraka itu adalah seburuk-buruk tempat dan tempat yang paling
panas, paling pedih seksanya, di mana bahan-bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, manakala makanannya pula terdiri daripada buah yang berduri dan pahit. Minumannya pula terdiri daripada air-air danur (nanah) dan darah yang hanyir dan busuk baunya.
Sanggupkah mencampakkan diri kita ke tempat yang paling ngeri dan menggerunkan itu?
Cuba kita bayangkan betapa panasnya api neraka, 70 kali ganda panasnya dengan api yang ada di dunia ini. Mengikut riwayat yang mengatakan seringan-ringan seksa dalam neraka ialah seksaan yang dikenakan kepada Abu Talib (bapa saudara Nabi saw) di mana beliau diseksa dengan memakai selipar dari api neraka sehingga menggelegak otak kerana kepanasan selipar tersebut. Bayangkanlah, mampukah kita yang kerdil-kerdil lagi dhaif ini menerima azab yang sedemikian rupa di akhirat kelak? Tanyalah diri masing-masing, mampukah aku menanggung azab yang sangat pedih itu, Jika rasa-rasanya tidak mampu, marilah kita sama-sama berjanji pada diri sendiri mahu tunduk dan patuh pada segala perintah Allah.
Yakinlah bahawa hari kiamat pasti datang walaupun ada yang tidak mahu menyahut kedatangannya. Beruntunglah bagi orang-orang yang tahu matlamat dan tujuan ia dihidupkan di muka bumi Allah ini? Beruntunglah bagi mereka yang memenuhi usia muda dan tuanya dengan beramal ibadah kepada yang Maha Esa kerana mereka mendapat kasih sayang Allah di dunia lagi apatah lagi di akhirat kelak, pasti mereka ini memperolehi keuntungan dan kemenangan yang paling besar nilainya di sisi Allah swt.

ORANG YANG MENDAPAT PIMPINAN DAN PETUNJUK ALLAH SWT
Di sini saya akan memperkatakan jalan-jalan bagi manusia mengetahui keaipan dirinya. Dengan kita dapat mengetahui keaipan pada diri kita, dapatlah kita berikhtiar memperbaikinya atau berikhtiar untuk membuat perubahan.
Allah swt., kalau dia menghendaki seseorang itu menjadi baik atau menjadi orang soleh, Allah sentiasa akan memimpin dia supaya dapat mengetahui keaipan dirinya, samada keaipan yang lahir mahu pun keaipan yang batin. Ini tanda orang yang mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah swt. Dia akan sentiasa didorong untuk melakukan kebaikan dan taat kepada Allah swt.
Kalau orang itu Allah kehendaki menjadi orang yang jahat serta yang durhaka kepada Allah, maka Allah tidak pimpin orang itu untuk dapat mengetahui kejahatan serta keaipan dirinya walaupun dia sentiasa membuat jahat, samada yang lahirnya atau yang batinnya. Dia tidak didorong oleh Allah swt untuk mengetahui kecacatan dan keaipan yang berlaku pada dirinya. Ini tanda orang yang tidak mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah swt.
Kalau orang yang Allah pimpin supaya sentiasa dapat melihat kecacatan dan keaipan yang berlaku pada dirinya, maka mudahlah dia membuat pembaikan dirinya samada pembaikan yang lahir mahu pun yang batin. Dan mudah pulalah dia mengusahakan rawatan-rawatan yang sesuai untuk mengubat jiwanya yang sudah rosak atau akhlaknya yang cacat itu.
Kalau seseorang itu Allah tidak pimpin dan tidak memberinya petunjuk, dia tidak akan dapat melihat keaipan dan kecacatan pada dirinya walau pun dia bergelumang dengan dosa samada yang lahir mahupun yang batin. Walaupun dia sentiasa durhaka serta engkar dan mungkar kepada Allah, namun dia tidak sedar yang dia membuat durhaka, engkar dan mungkar kepada Allah. Apabila dia tidak sedar yang dia membuat durhaka kepada Allah swt, maka tidaklah ada usaha darinya untuk membuat pembaikan diri. Akhirnya dia terus dengan perbuatan-perbuatan jahatnya hingga mati.
Orang yang mendapat pimpinan dan petunjuk (taufik dan hidayah) dari Allah swt atau sebaliknya, mesti ada sebab-sebabnya. Ertinya, ada sebab mengapa seseorang itu boleh mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah dan juga ada sebab mengapa seseorang itu tidak mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah. Sesungguhnya, Allah swt tidak menginaya diri seseorang itu. Tetapi orang itulah yang menginaya dirinya sendiri. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang manusia itu tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri.”
Orang yang tidak mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah swt itu mungkin ada sebab-sebab yang tertentu. Mungkin dia ada melakukan satu kesalahan yang besar menyebabkan Allah tersangat marah. Kesalahan itu menjadi hijab atau dinding untuknya mendapat petunjuk dari Allah swt. Walau pun boleh jadi ada ketika-ketikanya dia mendapat petunjuk atau berada di dalam petunjuk, tetapi manakala dia melakukan satu kesalahan yang begitu besar di sisi Allah, akhirnya Allah tidak memberi dia petunjuk sampai ke hujung. Dia berpatah balik ke belakang.
Begitu jugalah dengan orang yang mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah, mungkin ada sebab-sebab yang tertentu. Mungkin dia ada melakukan satu perkara yang pada sisi Allah, adalah satu kebaikan yang besar. Atas sebab itu, di penghujung umurnya Allah beri dia petunjuk. Kerana itu, perkara-perkara seperti inilah yang mesti kita perhatikan kepada diri kita bukan kepada orang lain. Di antara sebab-sebab seseorang itu boleh mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah, walau pun dia orang yang sesat pada mulanya, dia boleh jadi orang yang begitu taat kepada ayah dan ibunya. Dia sangat kasih dan sangat membela kedua ibu bapanya. Orang yang seperti ini, di penghujung hidupnya nanti, Allah akan beri dia taufik dan hidayah. Hal seperti ini memang sudah berlaku di dalam sejarah.
Begitu juga, seseorang itu sentiasa hidup di dalam kedurhakaan serta sentiasa bergelumang dengan kejahatan, tetapi dia sentiasa menghormati para alim ulama, tuan-tuan guru dan sebagainya. Orang yang semacam ini, di penghujung hayatnya nanti, Allah beri dia petunjuk dan hidayah. Ada juga seseorang itu terus menerus tidak mendapat petunjuk dan hidayah atau boleh jadi mendapat petunjuk pada awalnya tetapi di penghujungnya Allah tarik balik petunjuk itu. Hal ini boleh berlaku jika dia terlalu banyak salah silapnya dengan manusia. Dosanya dengan manusia terlalu banyak dan tidak berampun. Harus kita ingat bahawa dosa kita sesama manusia tidak akan selesai kalau sekiranya kita tidak minta maaf dengannya. Contohnya, dosa kita berbentuk umpatan, fitnah, mengkafirkan atau kita munafikkan dia atau kita hina dia dan sebagainya. Dosa-dosa ini adalah terlalu besar yang kadang-kadang menghijab atau mendinding kita dari petunjuk Allah swt.
Perlu kita sedar, perbuatan mengumpat ini adalah amat besar dosanya. Bagi setengan-setengah ulama, mereka mengatakan bahawa dosa mengumpat adalah lebih besar dari dosa zina. Sedangkan perkara inilah yang ramai sekali orang tidak menyedarinya. Mengumpat sudah menjadi kelaziman di hari ini. Setiap hari kita membacanya di dalam akhbar-akhbar atau internet hingga kita pun ikut menjadi tukang umpat. Di dalam akhbar atau internet menceritakan kisah orang besar, orang kecil, orang itu dan orang ini. Adapun menceritakan suatu keaipan pada diri seseorang yang memang sebenarnya dia lakukan, itulah yang sebenarnya mengumpat. Kalau kita ceritakan hal seseorang itu yang dia tidak lakukan, maka itu dinamakan memfitnah. Lebih berat lagi dosanya.
“Memfitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh”
Sebab itu hendaklah kita jaga benar-benar percakapan kita ini kerana mudah sangat kita terjebak dengan percakapan mengumpat atau memfitnah. Kadang-kadang dosa dari kejahatan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah kecil tetapi dosa kita mengumpat itu adalah lebih besar. Dosa-dosa seperti inilah yang kadangkalanya menghijab kita dari petunjuk Allah swt. Orang yang hidupnya penuh bergelumang dengan dosa pada mulanya tetapi di penghujung hayatnya dia mendapat petunjuk dari Allah swt kerana ada perbuatan baik yang dipandang besar oleh Allah swt seperti taat kepada ibu dan bapa atau dia sentiasa menghormati tok-tok alim ulama, tuan-tuan guru dan sebagainya. Selain dari itu, boleh jadi juga seorang itu jahat tetapi kejahatannya dengan Allah sahaja. Dia tidak pernah jahat dengan manusia seperti dia tidak mengumpat, kata mengata, membuat fitnah dan sebaganya. Dia tidak cacat dengan manusia, cuma boleh jadi dia tidak sembahyang, tidak berpuasa, tidak naik haji walau pun sudah cukup syarat dan kesalahan-kesalahan yang seumpama itu.
Dengan adanya petunjuk dan pimpinan dari Allah swt pada diri seseorang itu, dia akan dapat mengatahui kecacatan dan keaipan dirinya yang kemudian bolehlah dia membuat perubahan. Kalau seseorang itu tidak mendapat pimpinan dan petunjuk dari Allah swt, dia tidak akan mengatahui kecacatan dirinya hingga dia terus menerus hidup dalam kedurhakaan kepada Allah swt sampai mati. Inilah yang lazim berlaku pada umum manusia. Kita lebih pakar dalam mengetahui kejahatan orang lain daripada mengatahui kejahatan diri sendiri. Kerana itu, manusia ini sentiasa bersikap sepertimana kata pepatah melayu. ‘Kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tak nampak’.
Bagaimana seseorang itu hendak mengatahui kecacatan dan keaipan pada dirinya? Di dalam kitab Mauizatul Mukminin karangan Imam Ghazali rahimahullahu ta’ala, dikatakan ada 4 jalan bagaimana kita boleh mengetahui keaipan diri kita. Jalan yang pertama ialah dengan seseorang itu duduk berhadapan dengan guru yang dapat mengetahui keaipan dan kecacatan dirinya yang tersembunyi. Kemudian, dia dapat mengikuti syarahan dan nasihat gurunya itu dalam dia bermujahadah.
Orang yang hendak mengetahui keaipan dan kecacatan dirinya mesti mencari seorang guru yang pakar serta yang mempunyai pandangan tembus. Guru seperti ini ialah guru yang soleh dan yang berakhlak. Orang itu mesti berdamping selalu dengan gurunya itu hingga kecacatan dirinya samada yang lahir mahu pun yang batin dapat dilihat oleh gurunya tadi. Dari situ, gurunya nanti akan dapat memimpin dia daripada satu peringkat ke satu peringkat.
Tetapi yang malangnya bagi kita di akhir zaman ini, guru yang soleh serta yang berpandangan tembus yang hatinya selalu hampir dengan Allah swt amat payah hendak kita dapati. Guru seperti ini adalah guru yang digambarkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya yang bermaksud:
“Hendaklah kau takut tentang firasat seorang mukmin itu. Kalau dia melihat, dia melihat dari cahaya Allah.”
Maksudnya, seorang mukmin itu, kalau dia melihat sesuatu, dia dipimpin oleh Allah hingga pandangannya tepat, gerak hatinya atau rasa hatinya tepat serta apa yang difikirkannya tepat. Guru yang mukmin semacam inilah yang susah hendak kita cari pada masa ini. Tetapi yang banyak kita temui ialah sepertimana kata Rasulullah saw, guru-guru yang menjadi tukang-tukang syarah saja tetapi tidak mursyid.
Guru-guru yang mursyid ialah guru yang mempunyai pandangan tembus melalui firasat, kalau pun tidak melalui mukasyafah. Seandainya seorang itu mukasyafah, Allah benar-benar membuka pintu hatinya hingga dia boleh nampak sikap dan perangai orang yang dihadapannya. Umpamanya, kalau orang itu bersifat macam ular, dia benar-benar nampak ular di hadapannya. Dengan demikian, mudah sekali dia membuat pembaikan ke atas orang itu. Begitu juga, kalau orang di depannya musang, dia akan benar-benar melihat musang di hadapannya. Bertolak dari situ, dia berusaha membaiki orang itu. Cuma dia tidak boleh beritahu pada sesiapa pun walau orang di depannya itu. Ini adalah rahsia dari Allah yang Allah berikan kepada seseorang itu. Kalau ia dipersia-siakan dengan menceritakan kepada orang lain, boleh jadi Allah akan tarik balik pemberian itu.
Orang yang mukasyafah seperti ini tidak mudah ditemui pada hari ini. Tetapi agak rendah sedikit dari taraf mukasyafah itu boleh berlaku. Peringkat ini ialah peringkat firasat yang boleh melalui gerak hati. Selalunya, gerak hati orang itu adalah tepat dan benar. Umpamanya, kalau hatinya merasa bahawa orang di hadapannya itu seorang pencuri, memanglah benar yang orang itu pencuri. Orang yang mempunyai firasat seperti inilah yang digambarkan oleh Rasulullah di dalam hadisnya di atas. Malangnya, bagi kita ini, taraf mukasyafah pun tidak ada dan taraf firasat pun tidak ada. Yang ada hanya taraf psikologi yang mana ia tidak dipakai kerana ia merupakan falsafah orang barat. Sebab itulah, hendak mencari guru yang boleh mendidik diri kita adalah amat susah di hari ini. Kalau kita tidak mengaji pula, tidak boleh juga kerana yang demikian langsung kita tidak tahu. Akibatnya boleh membawa kita kepada jalan kesesatan selama-lamanya. Jadi, terpaksalah kita mencari guru-guru yang agak berpatutan dan kemudian kita usahakanlah untuk membaiki diri sendiri dengan ilmu yang kita perolehi.
Kalau kita lihat di dalam sejarah, guru-guru mursyid ini, ketika dia menyampaikan pengajian kepada anak-anak muridnya, perkara-perkara yang menjadi persoalan asas seperti rukum iman yang enam dan rukun Islam yang lima, akan disampaikannya secara menyeluruh kepada semua orang. Perkara-perkara amalan utama atau fadhailul ‘amal, tidak akan sama disampaikannya. Ini akan diberinya mengikut pandangan tembusnya terhadap murid-muridnya. Umpamanya seorang anak muridnya mempuanyai sifat ego. Dia akan memberi anak muridnya itu wirid-wirid tertentu yang akan melawan egonya itu. Kemudian seorang murid lain bersifat bakhil. Dia akan memberi muridnya itu satu bentuk wirid lain untuk mengikis sifat bakhil itu. Begitu juga, seorang murid lain pula didapatinya mempunyai sifat penakut. Nanti dia akan memberikan bacaan-bacaan tertentu untuk mengubat penyakit itu. Begitulah seterusnya, tok guru itu menyampaikan ilmunya kepada setiap individu tentang perkara yang menjadi amalan-amalan utama.
Kita perhatian bagaimana Rasulullah saw mendidik para-para sahabat dalam memberikan fadhailul amal atau wirid-wirid tertentu. Dari seorang sahabat kepada seorang sahabat, ianya tidak sama. Saya coretkan sedikit di sini kesah hidup anakanda beliau Siti Fatimah bersama suaminya Saidina Ali. Siti Fatimah, sejak ditinggalkan oleh ibunya Siti Khatijah, hidupnya adalah dalam kemiskinan kerana Rasulullah habis mengorbankan semua hartanya. Memang demikian Rasulullah hendak mendidik anaknya supaya zuhud. Kemudian apabila dewasa, Rasulullah mengahwinkannya pula dengan Saidina Ali, sepupunya, yang mana Saidina Ali itu adalah seorang yang miskin juga. Pendek kata, miskin sama miskin, akhirnya menjadi papa kedana. Begitu melarat sekali kehidupan kedua suami isteri itu. Siti Fatimah sendiri terpaksa berhempas pulas mengatur urusan-urusan rumahtangganya yang di antaranya mengambil air di perigi pun sampai terpaksa berulang alik ke rumah sejarak 2 batu. Kerja-kerja melayan anak-anaknya juga dibuat sendiri, kerana Saidina Ali suaminya kalau keluar rumah samada berdakwah atau pergi ke medan perang, berbulan-bulan atau berminggu-minggu barulah balik.
Kerana tekanan hidup yang begitu payah, maka suatu hari berbincanglah kedua suami isteri itu untuk mengadu kepada Rasulullah saw. Siti Fatimah ingin memohon belas dari ayahnya Rasulullah memberikan kepadanya seorang hamba tawanan perang untuk menjadi pembantu dalam urusan mengendalikan rumahtangganya. Kerana pada ketika itu adalah di awal Islam dalam mana Rasulullah banyak memperolehi harta-harta rampasan perang termasuk hamba-hamba sahaya yang ditawan. Kedua-duanya pun mengadukanlah kesusahan hidup yang meraka alami dan memohon agar Rasulullah dapat memberikan kepada mereka berdua seorang hamba sahaya untuk membantu meringankan sedikit bebanan hidup mereka.
Rasulullah saw begitu mengatahui hal keadaan anaknya dan menantunya. Al Maklum, itulah satu-satunya sahaja anaknya yang tinggal. Maka berkatalah Rasulullah saw kepada kedua anaknya itu yang diantara katanya lebih kurang bermaksud; “Wahai anakandaku berdua. Penderitaan yang kamu tanggung itu yang sebenarnya hati kamu yang merasa menderita. Dan setiap kesusahan yang kamu alami itu adalah kerana hati kamu yang merasa susah. Oleh kerana itu, sukakah kamu berdua, aku berikan satu perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta.
Mendengar jawapan Rasulullah itu, kedua-duanya begitu gembira sekali kerana baginda hendak memberi mereka perkara yang lebih baik dari yang diminta. Rasulullah saw bukannya memberi anakandanya benda lahir tetapi ialah zikir-zikir untuk dijadikan zikir dan amalan tetap. Kata Rasulullah kepada anakanda keduanya itu yang bermaksud lebih kurang, “Wahai Ali dan Siti Fatimah, perkara yang lebih baik daripada yang engkau berdua minta yang hendak aku berikan kepada kamu ialah, menjelang kamu tidur pada tiap-tiap malam hendaklah kamu baca “Subhanallah….. Subhanallah sebanyak 33 kali, Alhamdulillah… Alhamdulillah sebanyak 33 kali dan Allahu Akbar…… Allahu Akbar sebanyak 33 kali. Hendaklah engkau amalkan ini sungguh-sungguh.”
Akhirnya kedua orang anaknya itu baliklah ke rumah. Tidak berapa lama kemudian datanglah keduanya sekali lagi menemui Rasulullah dan berkata, “Wahai ayahanda, kami telah berpuas hati dengan amalan yang ayahanda telah berikan kepada kami dahulu. Sekarang kami tidak lagi merasakan kesusahan penderitaan hidup ini. Hati kami sudah tenang. Cukuplah hidup kami sepertimana selama ini dan kami tidak mahu meminta apa-apa lagi dari ayahanda.”
Dengan penjelasan ini, rupa-rupanya dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali sebelum tidur, boleh mengubat hati yang susah. Jadi Rasulullah itu mengubat hati. Rasulullah saw tahu bahawa penyakit yang sebenarnya ialah hati yang masih ingat dengan mata benda. Apabila benda yang diinginkan tidak dapat, maka hati akan menderita dengan benda yang tidak diperolehi itu. Sebab itu, yang menderita kerana miskin itu ialah hati kerana hati hendak benda-benda. Jadi Rasulullah mengubat hati itu dengan memberikan kalimah-kalimah tersebut. Rupa-rupanya, amalan itu telah memberi kesan kepada jiwa kedua orang suami isteri itu.
Begitulah cara Rasulullah mendidik anak muridnya ketika memberi wirid-wirid tertentu untuk dijadikan amalan bagi mengubat hati. Seterusnya dengan sahabat-sahabat yang lain, lain pula caranya. Setiap zikir yang diberi oleh Rasulullah kepada para sahabat, benar-benar berkesan kepada hati mereka hingga benar-benar penyakit hati mereka terubat. Seperti Saidina Ali dan Siti Fatimah, mereka dapat benar-benar merasakan yang kalimah itu mengubat hati mereka hingga kesusahan tidak lagi dirasai susah, malah kesusahan itu menghibur hati mereka. Ini adalah kerana, mereka ungguh-sungguh mengamalkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar itu serta dirasakan sungguh-sungguh.
Jalan yang kedua yang boleh kita tempoh untuk mengetahui kecacatan dan keaipan diri kita ialah dengan mencari seorang sahabat. Adapun seorang sahabat yang sebenarnya ialah sahabat yang beragama lagi soleh fdan bertaqwa. Dia bersifat benar dalam serba serbi, benar akidahnya, benar percakapannya, benar perbuatannya dan sebagainya. Sahabat seperti ini hendaklah kita damping selalu. Kita makan minum bersama-samanya, kita bergaul bersama-samanya, tidur baring bersamanya, berjalan-jalan bersamanya dan seterusnya.
Seorang sahabat seperti ini, dia tidak mengajar sahaja dan sebab itu tidak boleh kita panggil guru. Namun sikapnya samalah seperti seorang guru kerana kesolehannya, ketaqwaannya, akhlaknya dan sebagainya. Betapa tidaknya, kalau kita membuat kesalahan dan kesilapan, dia akan memperlihatkan kepada kita dengan penuh kasih sayang serta dengan penuh hikmah dalam keadaan empat biji mata. Dia boleh berbuat demikian kerana dia akan sayang diri orang lain macam dia menyayangi dirinya sendiri. Seorang sahabat yang benar-benar, dia akan memiliki sifat ini iaitu sifat yang menjadi pakaian kepada mukmin yang sejati sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu itu hingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”
Seorang sahabat yang benar, yang lurus dan yang mempunyai pandangan tembus juga, dia tidak akan merasa senang atau resah gelisah terhadap apa yang berlaku pada diri sahabatnya yang lain sepertimana tidak senangnya dia terhadap apa yang berlaku pada dirinya. Kalau sahabatnya berdosa, dia merasa seolah-olah macam dia berdosa. Begitu juga, kalau sahabatnya itu mendapat kesenangan, dia merasa senang hati.
Di samping itu, kalau kita ada membuat salah silap atau menipu, dia akan datang kepada kita untuk memberitahu tentang salah silap kita itu. Dengan demikian, tahulah kita akan kecacatan-kecacatan diri kita dan senanglah kita memperbaikinya. Daripada seorang sahabat yang sebenar-benarnya, kita juga boleh mengetahui kecacatan dan keaipan kita sepertimana kita dapat mengetahuinya melalui berguru.
Sikap seorang sahabat seperti yang saya huraikan tadi memang ditunjukkan oleh para-para sahabat Rasulullah, orang-orang soleh dan para-para pemimpin zaman dahulu. Umpamanya Saidina Umar, seorang tokoh Islam yang ulung Khalifah Islam yang kedua selepas Saidina Abu Bakar dan seorang mukmin yang amat keras mempertahankan kebenaran, tegas dalam berpegang kepada hukum hakam serta sangat kuat memisahkan di antara yang hak dengan yang batil, dia juga telah memperlihatkan sikap mencari seorang sahabat yang dapat menyuluh kecacatan dirinya. Sebab itu, di dalam kitab-kitab ada diriwayatkan kata-kata Saidina Umar yang bermaksud; “Moga-moga Allah swt dapat merahmati seseorang yang telah dapat menunjukkan kesalahan-kesalahan aku.”
Demikian saidina Umar, salah seorang daripada khulafa-ar-Rusyidin yang empat iaitu Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali. Pegangan ahli Sunnah wal jamaah menerima mereka ini sebagai khalifah yang hak seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya:
“Hendaklah kamu mengikut perjalanan aku dan perjalanan Khulafa-ar Rusyidin yang dapat memberi petunjuk.”
Khulafa-ar-Rusyidin yang dimaksudkan oleh Rasulullah di atas ialah ke empat-empat khalifah tadi iaitu Abu Bakar, Umar, Osman dan Ali. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima mereka ini kecuali kaum-kaum Syiah sahaja yang menolak tiga daripada mereka iaitu Abu Bakar, Umar dan Osman. Kaum Syiah tidak menerima mereka ini sebagai Khulafa-ar-Rusyidin tetapi hanya menerima Saidina Ali sahaja.
Saidina Umar yang begitu besar kedudukannya pun, dia begitu gembira kalau ada sahabat-sahabat yang dapat menunjukkan kepadanya kecacatan dirinya. Di antara sahabat Rasulullah yang menjadi tempat Saidina Umar bertanyakan tentang sifat-sifat kecacatan pada dirinya ialah Abu Huzaifah ra. Adapun Abu Huzaifah ini adalah seorang sahabat Rasulullah yang ulung juga. Kelebihannya ialah, dia mempunyai pandangan tembus serta boleh membaca hati orang. Dia juga boleh menyingkap hal-hal yang berlaku di akhir zaman. Sebab itulah, apabila dia bertanyakan sesuatu dari Rasulullah saw, pertanyaan ialah hal-hal yang berlaku di akhir zaman. Hasil dari itu, kalau kita tengok dalam kitab-kitab hadis, kebanyakan hadis-hadis akhir zaman adalah dari riwayat Abu Huzaifah, kerana Abu Huzaifah dapat melihat apa yang akan berlaku di akhir zaman yang pada zaman Rasulullah, perkara itu tidak berlaku.
Dari segi lahirnya, Saidina Umar adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Abu Huzaifah, namun Saidina Umar diriwayatkan pernah bertanya Abu Huzaifah kerana bimbang dan takutnya, kalau-kalau ada sifat-sifat munafik dalam dirinya. Kata Saidina Umar, “Wahai Abu Huzaifah, Engkau adalah memiliki rahsia-rahsia Rasulullah saw. Adakah engkau melihat pada diri aku ini, bekas-bekas sifat munafik.” Begitu sekali, Saidina Umar menunjukkan sikapnya dalam hendak mengetahui kecacatan-kecacatan yang ada pada dirinya. Padahal Saidina Umar itu sendiri adalah seorang yang penuh taqwa lagi soleh yang dia sendirinya mempunyai pandangan tembus. Kerana ketaqwaan Saidina Umar itu sendiri, syaitan-syaitan pun takut dengannya.
Rasulullah saw pernah mengatakan betapa takutnya syaitan kepada Saidina Umar, jangankan hendak menggodanya, malah hendak melalui jalan yang pernah ditempoh oleh Saidina Umar pun Syaitan takut. Begitu sekali tingginya taraf keimanan Saidina Umar. Di dalam satu riwayat lain, Rasulullah pernah menggambarkan ketinggian iman Saidina Umar dengan mengatakan betapa, kalaulah ada Nabi selepas dari baginda, maka Saidina Umarlah. Tetapi, oleh kerana Rasulullah itu penamat segala nabi dan Rasul, maka tidaklah berlaku.
Walau bagaimana tinggi sekali sanjungan Rasulullah saw kepada Saidina Umar malah beliau adalah di antara sahabat-sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah waktu hidupnya lagi, dia tetap takut dengan dirinya, bimbang kalau-kalau ada sifat-sifat munafik. Kalaulah Saidina Umar yang begitu hebat pun takut akan berlakunya sifat-sifat munafik itu dalam dirinya, betapalah kita ini. Kerana, sifat munafik itu amat mudah berlaku. Cuba kita lihat satu contoh munafik yang boleh berlaku kepada kita. Kita selalu mengucapkan di dalam sembahyang yang maksudnya:
“Sesungguhnya, sembahyang aku, ibadah aku dan seluruh hidup dan mati ku ini adalah untuk engkau Tuhan Rabbul ‘alamin.”
Ini adalah janji dan ikrar kita kepada Allah swt di dalam sembahyang. Kemudian cuba kita suluh perbuatan lahir kita di luar sembahyang, apakah ia menepati janji kita di dalam sembahyang. Seandainya perbuatan kita di luar sembahyang tidak menepati janji itu serta tidak selaras dengannya, maka telah berlakulah sifat munafik dalam diri kita. Sebab itu, sepatutnya, hendaklah kita lebih risau tentang diri kita daripada kita merisaukan tentang diri orang lain. Sepatutnyalah kita lebih risau tentang kesalahan diri kita daripada kita risau tentang kesalahan diri orang lain. Mana-mana yang boleh kita baiki kesalahan diri orang lain itu, kita cubalah baiki dengan penuh kasih sayang. Tetapi, kalau tidak boleh, maka hendaklah kita doakan dia.
Sikap seperti inilah yang susah hendak kita lakukan. Jadilah, kalau kita dapat menceritakan sikap orang-orang soleh zaman dahulu, lebih-lebih lagi sikap para-para sahabat, yang bukan sahaja soleh tetapi adalah bertaraf mukarrobin. Sedikit kesalahan pun walau tidak jatuh kepada dosa, mereka sudah merasakan satu bebenan yang berat. Hal ini pernah juga diriwayatkan pada Saidina Umar setelah beliau menjadi Khalifah. Suatu hari, beliau pernah bertanya kepada seorang sahabatnya. Katanya, “Wahai sahabat, adakah kamu nampak apa-apa kesalahan pada diri aku?”
Sahabat-sahabat begitu jujur dan amat mengetahui hati Saidina Umar. Ertinya, kalau mereka memperkatakan tentang kesalahannya, dia tidak akan marah. Maka itu, sahabat tadi menjawab, “Aku lihat, engkau makan dua jenis lauk.” Rupa-rupanya, itu yang hendak disampaikan oleh sahabat tadi. Kalau pada diri kita, makan dua jenis lauk itu tidak ada kena mengena dengan kesalahan yang hendak kita ketahui. Tetapi bagi Saidina Umar, teguran sahabat tadi dirasakannya tersangat berat hinggakan selepas itu dia tidak lagi makan dua jenis lauk.
Kalau kita lihat dari segi hukum, makan dua jenis lauk tidaklah merupakan satu perbuatan dosa, tetapi sudah memang begitu sifat orang mukarrobin. Bagi mereka, ‘kebaikan yang dilakukan oleh orang soleh adalah merupakan satu kesalahan’. Nampaknya, kita jauh dari itu. Bukan sekadar dua jenis lauk saja, malah kadang-kadang sampai lima jenis yang terdiri pula dari ayam goreng, sayur-sayur, dua tiga jenis ikan dan sebagainya, itupun kita tidak ada selera hendak makan. Masih lagi kita rasakan susah hati mengadap hidangan seperti itu. Walau bagaimana pun apa boleh buat, kita terpaksa ceritakan juga perbuatan-perbuatan orang soleh walau pun kita tidak boleh melakukannya. Mudah-mudahan dengan kita menceritakan kisah-kisah orang soleh itu menjadi rahmat.
Begitulah sikap Saidina Umar yang digambarkan di dalam sejarah. Walau pun begitu tinggi kedudukannya kalau dibandingkan dengan para-para sahabat yang lain, namun dia masih lagi bertanya kepada sahabat-sahabat akan kesalahan dan kecacatan dirinya agar dia dapat mengatahui dan membuat pembaikan serentak. Kita mungkin tidak boleh berbuat begitu. Tetapi, jadilah kalau kita boleh ambil tahu tentang kesalahan diri kita dan kita senaraikan kesalahan-kesalahan itu. Mudah-mudahan kita boleh mengawasinya di satu hari nanti.
Dapatlah kita fahamkan di sini bahawa, orang-orang yang tinggi kedudukannya di sisi Allah swt iaitu orang yang paling hampir dengan Allah, mereka merasakan yang mereka belum berbuat apa-apa terhadap Allah swt walaupun sembahyang, puasa mereka banyak, kuat berjuang dan berjihad, besar pengorbanan dan sebagainya. Walau pun mereka banyak berbuat baik, tetapi mereka merasakan belum berbuat baik. Kata Imam Ghazali rahimahullahu ta’ala, inilah tanda orang yang cerdik. Mereka tidak sempat hendak memikirkan kebaikan dan amal bakti yang telah mereka buat. Sebaliknya, mereka lebih merasakan yang mereka belum berbuat apa-apa. Mereka merasakan seolah-olah mereka banyak membuat kesalahan daripada kebaikan.
Sepekara lagi yang dapat kita fahamkan di sini ialah, bahawa orang yang cerdik itu selalu bimbang terhadap dirinya. Dia lebih bimbang terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukannya daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang lain. Sebab itu, dia sangat bergembira kalau ada orang lain yang boleh menunjukkan kepadanya akan kesalahan-kesalahan dirinya. Tetapi dalam pengalaman hidup kita sehari-hari, hal ini tidak berlaku. Sebaliknya orang yang boleh menunjukkan akhlak-akhlak keji pada diri kita, orang itulah yang paling kita musuhi. Dialah orang yang akan kita umpat dan kita kata, kalau tidak didepannya, kita akan kata di belakangnya.
Sifat-sifat akhlak yang keji atau sifat-sifat mazmumah itu, ia adalah ibarat seekor ular yang bisa atau laksana kala jengking yang bisa. Cuba kita bayangkan, bagaimana rasanya, kalaulah seekor ular yang bisa melengkar dalam baju kita atau seekor kala jengking menyorok di dalam kocek kita sedangkan kita tidak nampak. Tiba-tiba, ada seorang sahabat kita nampak lalu dia memberi tahu kepada kita. Sudah tentu sekali kita berasa syukur kerana ada orang yang memberitahu kita akan bahaya itu. Tentu kita nak ucapkan tahniah kepadanya serta kita rasa hendak beri hadiah kepadanya. Apabila kita dapat tahu saja, ada bahaya ular atau kala di dalam baju kita, cepat-cepat kita membuka baju itu dan membuangnya. Pendek kata, kita tidak fikir apa-apa lagi, malah tak sempat pun hendak menengoknya, melainkan terus bertindak segera kerana benda yang di dalam baju kita itu amat merbahaya sekali. Kita takut kalau-kalau belum sempat dibuang, ia sudah menggigit kita.
Begitu sekali takutnya kita akan bahaya digigit ular bisa atau kala jengking. Gigitan ular atau kala, kalau pun sakit mungkin dalam beberapa hari saja. Paling-paling teruk, hanya menjelang mati. Apabila mati, tamatlah sakit itu. Ertinya, ada merbahaya yang tidak berpanjangan, kita telah bertindak spontan membasminya apabila orang memberitahu kepada kita. Tetapi, mengapakah ada bahaya yang berpanjangan yang mana ia tidak selesai setelah kita mati, kita tidak ambil peduli apabila ada orang memberitahu kepada kita. Bahaya yang berpanjangan itu ialah akhlak yang jahat atau budi pekerti yang buruk. Penyakit ini, deritanya tidak selesai di dunia, malah sesudah mati akan membawa kita terjun ke dalam neraka. Sepatutnya, apabila ada orang memberitahu kepada kita akan kecacatan ini yang mana ia adalah bahaya, lebih-lebih lagilah kita bertindak segera. Sepatutnya, orang yang memberitahu kita itu menerima tahniah dari kita dan banyak-banyak kita berterima kasih kepadanya. Tetapi ini tidak berlaku dalam pengalaman hidup kita, sebaliknya orang yang memberitahu itulah yang paling kita marah dan yang amat kita sakit hati. Akhirnya, mazmumah yang ada pada kita tidak kita usaha membuangnya, tetapi kita tokok tambah dengan mencaci nista orang yang memberitahu kepada kita itu. Kita telah mendendami orang itu. Ada peluang, kita kata pula kelemahannya. Ini adalah berlawanan dengan ajaran Islam. Walau apa pun orang kata kita, kita tidak boleh membalas dengan kata cerca walau pun memang orang itu sendiri ada kecacatan yang boleh kita kata. Kata Imam Ghazali, orang yang tidak boleh menerima nasihat dan teguran orang lain, itu menandakan hatinya sudah keras.