Friday, January 14, 2005
Kenalkah kita dengan Tuhan?
Hari ini ramai di antara kita yang mengaku ada Tuhan. Ramai di antara kita menyebut tentang Tuhan, memperkatakan tentangNya dan di mana-mana biasa didengar, orang menceritakan tentang Tuhan. Itulah dia Tuhan yang layak disembah, Dialah Tuhan Maha Esa, yang disebutkan di dalam Al-Quran. Dialah Tuhan yang sama, diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. Malah, Tuhan itu juga yang diperkenalkan oleh nabi-nabi sejak zaman Nabi Adam lagi.
Sudahkah begitu? Atau takut-takut kita ini hanya takat kenal-kenal biasa sahaja. Bolehlah bercerita, bolehlah menyembah, bolehlah bercakap-cakap dengan Tuhan, tapi tak sampai ke mana. Sebabnya kita takat kenal Tuhan di akal. Kalau di akal, itu baru “tahu” tentang Tuhan. Tahu tentang Tuhan tak sama dengan kenal Tuhan. Kenal Tuhan dalam maksud agama itu ialah kenal di hati. Iaitu bila dapat merasa-rasa di hati tentang Tuhan. Berbagai rasa timbul sehingga hati bergelora dan bergelombang. Salah satu rasa itu ialah takutkan Tuhan. Takut sungguh hingga tak berani nak abaikan suruhanNya. Takut sungguh hingga tak berani nak lakukan laranganNya. Hati bergelora juga bila timbul rasa cinta kepada Tuhan. Rasa cinta yang mendalam akan mendorong diri untuk menghiburkan Tuhan. Cara mana nak hiburkan Tuhan itu banyak. Tetapi bagi Tuhan, kalau benar kita nak hiburkan Tuhan, hiburkanlah makhluk ciptaanNya. Contohnya, kita buat baik dan memberi khidmat kepada manusia.
Mari kita renung-renung kembali, kita dengan Tuhan ini, bagaimana? Tahap mana? Baru tahu sahaja tentangNya atau memang dah kenal betul. Kalau masih jauh lagi dari mengenaliNya, patut ada rasa malu. Patut ada rasa susah hati dan bimbang. Mana tidaknya, kita mengaku kita ada Tuhan, sembah Tuhan, malah selalu sahaja kita mengadu padaNya, tetapi kita tidak kenal akanNya. Sebagai hamba, ini tidak patut berlaku. Hubungan hamba dengan Tuhan bergantung sejauhmana hamba itu benar-benar mengenali TuhanNya. Moga-moga, ini mendapat perhatian dari kita semua.

Sudah kita sebut, sudah kita cerita, ada ilmu sedikit sebanyak tentangNya, juga sudah kita menyembah Dia. Persoalannya, apakah Tuhan itu benar-benar kita kenal. “Kenal” dalam ertikata kenal dan faham Tuhan sungguh-sungguh. Iaitu benar-benar kenal sifat-sifatNya. Dapat pula merasa kewujudanNya, dapat merasa yang Dia ada dan Dia berperanan dalam hidup kita. Dapat juga faham kerja Tuhan, yang antara lain, Dia sentiasa mengawasi setiap detik dan ketika, tidak terlepas kita dari pemerhatianNya.
Sudahkah begitu? Atau takut-takut kita ini hanya takat kenal-kenal biasa sahaja. Bolehlah bercerita, bolehlah menyembah, bolehlah bercakap-cakap dengan Tuhan, tapi tak sampai ke mana. Sebabnya kita takat kenal Tuhan di akal. Kalau di akal, itu baru “tahu” tentang Tuhan. Tahu tentang Tuhan tak sama dengan kenal Tuhan. Kenal Tuhan dalam maksud agama itu ialah kenal di hati. Iaitu bila dapat merasa-rasa di hati tentang Tuhan. Berbagai rasa timbul sehingga hati bergelora dan bergelombang. Salah satu rasa itu ialah takutkan Tuhan. Takut sungguh hingga tak berani nak abaikan suruhanNya. Takut sungguh hingga tak berani nak lakukan laranganNya. Hati bergelora juga bila timbul rasa cinta kepada Tuhan. Rasa cinta yang mendalam akan mendorong diri untuk menghiburkan Tuhan. Cara mana nak hiburkan Tuhan itu banyak. Tetapi bagi Tuhan, kalau benar kita nak hiburkan Tuhan, hiburkanlah makhluk ciptaanNya. Contohnya, kita buat baik dan memberi khidmat kepada manusia.
Mari kita renung-renung kembali, kita dengan Tuhan ini, bagaimana? Tahap mana? Baru tahu sahaja tentangNya atau memang dah kenal betul. Kalau masih jauh lagi dari mengenaliNya, patut ada rasa malu. Patut ada rasa susah hati dan bimbang. Mana tidaknya, kita mengaku kita ada Tuhan, sembah Tuhan, malah selalu sahaja kita mengadu padaNya, tetapi kita tidak kenal akanNya. Sebagai hamba, ini tidak patut berlaku. Hubungan hamba dengan Tuhan bergantung sejauhmana hamba itu benar-benar mengenali TuhanNya. Moga-moga, ini mendapat perhatian dari kita semua.
sumber:www.rufaqa.com