Tuesday, October 26, 2004
Renungkanlah....
"Taksub terlampau dengan maksiat. Wahai para pejuang Islam dan pejuang kebenaran sekelian, Assalamualaikum wr wb. Adakah rakyat sudah lali dengan maksiat?
1. Taksub dengan maksiat.
MENJENGUK sebentar di luar sana, kadang-kala terasa dunia ini terlalu asing buat sebuah kehidupan yang lebih bererti. 'Trend' terkini rakyat memuliakan program hiburan dari sehari ke sehari semakin merimaskan.Sudah banyak episod terlampau yang berlaku, bukan saja 'pra***** terlampau'tetapi sudah ada 'rancangan TV terlampau' yang boleh ditonton umum termasuk kanak-kanak. Di sana sini, remaja mahupun si tua tetapi berhati muda, heboh menceritakan kegilaan dan taksub terhadap Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Konsert Sureheboh TV3, dan Audition. Lebih malang lagi, mereka secara terang-terangan taksub dan menangisi peserta yang kalah bertanding dalam program tersebut. Berdasarkan pemerhatian, kegilaan membuak-buak dan taksub di kalangan penonton yang menyaksikan persembahan peserta memperlihatkan betapa mereka sudah terlalu jauh leka dengan buaian dunia. Yang tua sama sahaja, meratapi peserta yang diumumkan kalah. Sementara yang muda, berpesta tangisan dan berpeluk-pelukan dengan bukan muhrim tanpa segan silu. Yang di atas pentas berpelukan juga tanpa mengenal batasan. Yang menjadi peliknya, 95 peratus peserta adalah Melayu Islam. Penonton Konsert Sureheboh pun hampir semuanya Melayu. Pelik, dalam kerajaan lantang mengumumkan Islam Hadhari, kerajaan sendiri membenarkan semua akspek yang menghancurkan melingkari rakyat.
2. Tanya muda-mudi
Cuba kita tanya kepada muda-mudi zaman ini, kenalkah mereka kepada pejuang-pejuang Islam yang telah syahid di medan perang? Kenalkah mereka kepada sahabat Rasulullah s.a.w.? Kenalkah mereka kepada mubaligh Islam? Tetapi tanyakan pula kepada mereka apakah mereka kenal dengan peserta popular Akademi Fantasia? Atau penyanyi dari Barat? Jawapannya tentulah kenal. Penyanyi berimej seks seperti Britney Spears telah menjadi mainan di bibir mereka. Mudahnya orang melayu mengangkat hiburan ke tahap tertinggi sukar difahami. Inilah natijahnya kalau tidak ada lagi elemen Islam yang boleh diketengahkan oleh media kepada masyarakat. Kalau ada hanya setengah jam sahaja rancangan agama di TV misalnya, mampukah nilai Islam diterapkan? Jika hendak dibandingkan jumlah jam siaran program taksub hiburan dengan program baik untuk kerohanian, terlalu jauh perbezaanya. Mengapa ini semua terjadi? Apakah fungsi pihak pihak seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) dan Jabatan Agama Islam dalam hal ini? Adakah menegur secara senyap-senyap? Atau mereka sendiri terpaksa redha dengan tindakan kerajaan hadari membiarkan masyarakat bergelumang dengan program maksiat.
3. Gunung menangis takutkan api neraka.
Di sini sukacita saya menyingkap sejenak satu kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib berada bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah s.a.w. akan mendatangi hajat yakni membuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda s.a.w. berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar." Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda s.a.w. selesai daripada hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu. Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda s.a.w. berkata kepada
Uqa'il:
"Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "jika padamu ada air, berilah aku minum!" Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu daripada
(seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis daripada sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku."
Nah, mampukah kita menjadi seperti batu gunung itu.
Atau kita ini lebih keras daripada batu gunung. Keras tidak mampu dikikis dengan roh Islam. Malangnya nasib kita jika terus begini.

4. Remaja tak belajar, tetapi hanya menyanyi untuk kaya.
Memetik kenyataan Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Mahfuz Omar berkata, rancangan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia hiburan seperti 'Malaysian Idol', 'Akademi Fantasia', 'Audition', dan 'Who Will Win' yang disiarkan dalam televisyen sebenarnya adalah untuk menghalang remaja daripada menuntut ilmu. Ini menggambarkan remaja tidak perlu lagi belajar tinggi, tetapi dengan hanya menyanyi mereka sudah dapat glamour dan boleh kaya. Inikah dasar penyiaran negara hadari yang mahu menguji bakat menyanyi dan memesong remaja? Malah rancangan di televisyen pula hanya tangkap muat, dibuat membuta tuli dengan mencedok idea negara Barat. Buktinya rancangan seperti 'Malaysian Idol' yang mana sebelum ini adalah 'American Idol'.Rancangan diimport, kemudian meniru rancangan mereka dan tidak fikir apa-apa kesan negatif.Stesen televisyen di Malaysia langsung tidak mempunyai idea untuk membentuk akhlak murni masyarakat, sebaliknya mahu melalaikan remaja dan mencari keuntungan saja. Inilah kebimbangan besar kita terhadap remaja, terutamanya yang menggilai dan taksub rancangan hiburan dengan keterlaluan. Bagaimanapun, lontaran pendapat, kritikan dan teguran kepada pihak kerajaan hadari tidak diendahkan, Semakin hari dilihat masyarakat semakin jauh, dan seakan serasi dengan taksub hiburan, malah taksub terlampau pula dengan maksiat. BiLa ada orang yang mahu betulkan keadaan, orang itu dicemuh. Zaman para sahabat dahulu, mereka merintih, menangis kerana tidak dapat turut serta berjuang di medan perang. Tetapi zaman ini manusia menangis kerana tak dapat menyanyi dan melakukan maksiat.
5. Masyarakat sudah lali dan taksub dengan maksiat?
Sepanjang menjadi wartawan, belum pernah lagi saya melihat mana-mana akhbar lain cuba mengupas isu maksiat secara terperici. Jauh sekali mahu mengkritik dasar kerajaan yang menghalalkan maksiat berleluasa. Kalau adapun hanyalah sekadar luahan rasa tidak puas hati pembaca yang diselitkan dalam ruangan surat pembaca. Sebagai seorang Islam saya malu dengan sikap acuh tak acuh kerajaan yang dipimpin Abdullah Ahmad Badawi yang hanya membuta tuli dalam isu ini. Sampai bila kita mahu melihat keruntuhan akhlak di kalangan belia berterusan. Bukankah belia adalah aset masa depan negara? Ataupun kerajaan BN mahu aset masa depan negara ini tidak lagi mengenal Islam. Jika demikian, tanggungjawab memperbetulkan keadaan ini sekarang terletak kepada pendukung perjuangan Islam. Ayuhlah bangsa seagamaku kita bertekat membanteras semua ini sebelum Allah menurunkan kepada umatnya kehancuran. Ingatlah ALLAH berjanji akan menurunkan kehancuran kepada umatnya yang terlalu banyak membuat kerosakkan di muka bumiNYA ini.
6. Tanda-tanda.
Di sini diturunkan tanda-tanda hari kiamat yang pernah saya baca melalui sebuah buku. Antara tanda-tanda itu sudah berlaku, dan ini ternyata amat membimbangkan saya.
Dua puluh dua tanda hari kiamat semakin hampir.
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi. 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan). 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-Nya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Renungkanlah... .
Anis anakku...
Anis Filza anak dara keduaku
Cantik manis seindah namanya jua
Lahirnya comel membesar masih comel juga
Berminda cergas and a fast learner
Berprihatin fanatik kepada mamanya sahaja

Monday, October 25, 2004
Atika anakku....
Atika anakku,
Seorang yang pendiam dan sensitif
Berfikiran matang dan berhati mulia
Senang berbicara dan murah senyum
Berbudi pekerti dan pandai menjaga hati
Seorang yang pendiam dan sensitif
Berfikiran matang dan berhati mulia
Senang berbicara dan murah senyum
Berbudi pekerti dan pandai menjaga hati
Iktibar untuk anak-anak ku
KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Friday, October 22, 2004
Tazkiran hari ini.....
SUSAHNYA MELAKUKAN IKHLAS
Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal. Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata,"Ambillah, saya ikhlas…"
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. "Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas" "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang laig terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
1. kerana suruhanNya
2. kerana keredhoaanNya
3. kerana arahanNya
4. kerana mentaatiNya
5. kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu , dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti: berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
1. awal
2. pertengahan
3. akhir
Kerosakan awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata,"Inilah masanya nak jadi popular." "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata,"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak. "Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu."
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalaupun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah….
Sumber: www.rufaqa.com
Semuga kita mendapat bantuan dari Allah s.w.t untuk berjuang menghapuskan sikap-sikap mazmumah dalam diri kita...

Thursday, October 21, 2004
Hello Zilah!!! Alpopku
My dear beloved wife,
How are you love? I hope you are doing fine. I am writing this message in a place in the Net where they call blogspot. Do you know anything about blog? I am sure you have no clue about it at all.
Just to give you a lay man explaination about blog - a place where you have an Internet diary. So you can write anything here and share your thoughts with everybody who access to your blog. We can also upload our photo here.
Blogging is very popular nowadays and we in Malaysia alone there are many people already have their blog spots.
There's all for the time being love, now let's get back to work....

This is the first day
Well, this is my first blog topic and frankly I do not know how to organize things yet.