Friday, November 26, 2004

Anak-anakku tersayang, kamu semua dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Maka jagalah hati ibubapamu sebaik mungkin. Jadilah anak-anak yang taat, pandai menjaga diri dan tidak menyakiti hati ibubapamu. Jangan sesekali tinggal solat, ulangkaji pelajaran selalu, pastikan keadaan bilik bersih dan kemas. Yang paling penting, hormatilah ibubapamu....

Monday, November 22, 2004
Penyakit Ujub
Ujub itu ialah salah satu penyakit hati. Ia banyak terkena kepada orang pandai, orang yang banyak ilmu seperti ulamak, ahli ‘abid dan juga para pemimpin. Apa yang dimaksudkan dengan ujub? Iaitu mengkagumi diri sendiri atas kerana kelebihan atau keistimewaan yang ada pada diri. Contoh, berlaku kepada orang pandai. Bila ada ilmu lebih sikit daripada orang lain, boleh pula bercakap dan memberi idea, timbul rasa dalam hati, “Pandai juga aku ini”, “mana ada orang yang sebaik aku dalam memberi idea ini”.
Perasaan seperti inilah yang dikatakan ujub. Dia memuji dirinya sendiri. Dia kagum dan tertarik dengan kelebihan yang ada padanya. Contoh lain, ahli ‘abid atau dikenali sebagai ahli ibadah bilamana boleh bersembahyang banyak dari sembahyang fardu ke sembahyang sunat, lepas itu, sembahyang lagi sehingga 8 ke 10 rakaat. Terdetik kata-kata di dalam hatinya, “Tak ada orang lain boleh buat seperti aku”, “boleh tahan juga aku ni”. Begitulah penyakit ujub itu, ia boleh datang ke dalam hati manusia dalam keadaan manusia itu sedang beribadah kepada Tuhan.
Apa ubatnya kepada penyakit ini?
Kenali Tuhan dan faham peranan Tuhan, itulah yang dapat mengubati penyakit ujub. Bila Tuhan dikenali, peranan Tuhan difahami, akan terasa di hati betapa Maha Besar, Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya Tuhan. Akan terasa di hati, segala nikmat yang kita dapat sebenarnya dari Tuhan. Juga, segala pujian itu selayaknya adalah untuk Dia. Kita tak hebat tetapi yang hebatnya adalah Tuhan. Tak akan kita dapat sedikitpun kelebihan, baik kepandaian, boleh berpidato, boleh beribadah dan sebagainya melainkan dengan izinNya. Dialah yang menentukan. Dialah yang memberi kelebihan itu. Mana mungkin kita boleh menafikan semua itu?
Rasa-rasa seperti inilah yang disebut sebagai rasa bertuhan. Hanya dengan rasa bertuhan sahaja, kita akan dapat menangkis ujub. Hanya dengan rasa bertuhan otomatik akan datang rasa kehambaan dalam diri. Sesuai dengan status kita sebagai hamba, mana boleh hamba “claim” yang dia mempunyai? Mana mungkin hamba itu kata yang dia memiliki itu dan ini? Memang kalau hamba itu tetaplah dia hamba. Hamba tidak mempunyai dan memiliki. Sebaliknya, hamba itu dipunyai dan dimiliki. Walaupun ada kelebihan pada hamba, kelebihan itu dipinjamkan. Kelebihan itu diberikan sementara. Hak mutlak ada pada Tuan. Hamba hanya pakai sementara. Hamba hanya dapat bilamana Tuan izinkan. Hamba tak akan dapat kalau Tuan tak beri.
Begitulah juga hubungan hamba dgn Tuhan. Ia mengatasi hubungan hamba dgn Tuan. Tuhan kita adalah Tuan pada segala Tuan. Dia adalah raja segala raja. Dunia seisinya adalah kepunyaan Dia. Termasuk kita manusia adalah kepunyaan Dia. Jika kita faham begini, maka mudahlah untuk kita selamatkan diri kita daripada ujub. Kenapa perlu bangga atau kagum dengan kelebihan pada diri. Ia boleh datang dan pergi, bergantung pada kehendak Tuhan. Ia adalah nikmat dari Tuhan dan kalau kita pandai mengambilnya, akan jadi rahmat yakni berserta kasih sayang Tuhan. Tetapi kalau kita salah cara menerimanya, maka ia jadi bala’. Ia adalah nikmat Tuhan dalam bentuk istidraj. Kita akan sentiasa dalam kemurkaan Tuhan kecuali kita bertaubat dan membaiki kesilapan kita. Marilah kita ambil berat tentang penyakit ujub ini dan selalulah memeriksa diri agar kita terselamat darinya. Moga-moga panduan serba ringkas ini, dapat memberi kita ilmu tentang penyakit ujub dan cara mengatasinya.
Sumber: www.rufaqa.com
Wednesday, November 10, 2004
Tuesday, November 09, 2004
Monday, November 08, 2004
RAMADAN BULAN OVERHAUL HATI
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yang lemah dan bagaimana menyuburkan yang kuat
Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka, dan di mana kejahatan mereka
Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat
Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat
Hatilah wadahnya yang boleh menerima kebaikan dan kejahatan
Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan berbagai-bagai ajaran dan cabaran
Cabaran itu seperti tekanan hidup, sibuk dengan kerja, berhadapan dengan kerenah manusia
Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak, kemalangan yang tidak disangka, melihat, mendengar perkara yang merosakkan
Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini memberi kesan yang negatif kepada jiwa kebanyakan orang
Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan
Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka, bahkan bertambah kuat dengan Tuhan
Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya
Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan
Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan
Kerosakan manusia setahun hanya sebulan
Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan
Seperti kereta yang sudah lama dipakai, banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul
Overhaullah caranya membaikpulihkan kereta yang perjalanannya sudah tidak berapa betul
Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya, sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan
Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan di antara satu sama lain kuat-menguatkan
Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh, disusul dengan membaca Al Quran
Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan, zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur digalakkan bersedekah dan pemurah, perbualan yang menambah kesedaran
Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu menentukan didikan Ramadhan berkesan atau tidak bekesan
Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa, didikan sembahyang
Ditambah lagi didikan Al Quran dan lain-lain lagi tambahannya
Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa, memaksa membuat yang disuruh, memaksa meninggalkan larangan
Larangan itu sama ada yang lahir mahupun yang batin kenalah tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa, membencikan, menjemukan, meletihkan
Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan, atau buat tanpa kesungguhan
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yang menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa, sembahyang yang dapat dihayati, didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai
Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa bertuhan
Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira, ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan
Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba, rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan
Daripada 3 pakej didikan yang utama itulah menjadikan pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa, meneguhkan keyakinan
Apabila jiwa kuat, jiwa subur, mujahadah pun kuat
Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan daripada 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan
Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa
Ertinya manusia yang dioverhaul di bulan Ramadhan mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya
Lahirlah manusia yang luar biasa, iaitu manusia yang benar-benar rasa kehambaan
Manusia yang tawadhuk, sabar, redha, berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah, kerjasama
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental
Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi
Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad, dendam, gila puji, gila nama, mati
Inilah dia orang yang menang dan berjaya didikan Ramadhan
Selepas Ramadhan manusia itu kembali suci seperti fitrahnya yang semulajadi
Orang ini sahajalah yang layak berhari raya
Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya, hari raya namanya
Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni
Kalau fitrah yang suci murni ini kekal sepanjang tahun, Ramadhan yang akan datang hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul
Begitulah didikan Ramadhan ramai orang yang gagal, sedikit sangat yang berjaya.
Sumber: www.rufaqa.com
Pengisian Aidil Fitri
- Aidil Fitri adalah Hari Bertafakur. Ia adalah hariuntuk kita merenungi dan menginsafi perlakuan kita sepanjang Ramadhan. Apakah Ramadhan yang berlalu telah mendidik kita? Sudahkah Ramadhan meningkatkan mahmudah kita, menjadikan kita orang yang taat, pemurah,pemaaf, bertimbang rasa, bersyukur, merendah diri danberkasih sayang? Sudahkah Ramadhan menghilangkan mazmumah dalam diri seperti sombong, tamak haloba,cinta dunia, hasad dengki dan pemarah. Jika ini tidak berlaku, maka kita telah gagal pada Ramadhan kali ini.Puasa kita menjadi sia-sia dan sekadar lapar dandahaga. Puasa tidak membawa erti apa-apa kerana ia tidak mengembalikan kita kepada fitrah semulajadi. Sedangkan natijah daripada puasa, sepatutnya, ia menyucikan fitrah dan menundukkan nafsu, seterusnya menjadikan kita orang yang bertaqwa. Renung-renungkanlah.
- Aidil Fitri adalah Hari Bersedih. Sudah kita tahu betapa banyak dosa-dosa yang kita lakukan di bulan Ramadhan maka layaklah kita bersedih di Aidil Fitri. Di samping itu kita juga bersedih dengan ibadah yang hendak dipersembahkan kepada Tuhan kerana terlalu banyak kekurangan dan cacat-celanya. Apakah ibadah kita Allah terima atau sebaliknya? Apakah ibadah puasa kita itu ada nilai di sisi Tuhan? Takut-takut ibadah tersebut bukan mendekatkan kita kepada Tuhan tetapi semakin jauh dengan Tuhan. Mohon dilindungi Tuhan.
- Aidil Fitri adalah Hari Melahirkan Kegembiraan. Ia adalah hari di mana di mana kita menghiburkan hati insan-insan istimewa seperti anak-anak yatim, orang miskin, kanak-kanak, ibu tunggal, orang-orang tua termasuk ibu bapa kita. Tak terkecuali juga kepada orang yang bermusafir. Gembirakanlah mereka dengan kemesraan kita. Juga, jika tidak memberatkan, jamulah mereka dengan kuih-muih serta memberi hadiah.
- Aidil Fitri adalah Hari Kesyukuran. Ia adalah hari kita untuk bersyukur kerana Tuhan beri kesempatan kepada kita untuk menjalani berbagai ibadah di bulan Ramadhan terutamanya ibadah puasa. Buktikanlah kesyukuran kita itu dengan bertakbir, bertahlil dan bertahmid. Buktikan ia juga dengan memperbanyakkan sedekah. Berharaplah dengan Tuhan agar Tuhan panjangkan umur untuk kita dapat bersama di Ramadhan yang akan datang.
- Aidil Fitri adalah Hari Bersilaturahim. Ia adalah hari kita berlapang dada, bermaaf-maafan dan melupakan segala persengketaan. Hari kita memohon maaf dan memberi maaf, buang yang keruh dan ambil yang jernih.Juga, gunakanlah peluang ini untuk kita ziarah-menziarahi keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai. Moga-moga dengan itu nanti, timbul kasih sayang sesama kita, insyaAllah. Demikianlah pengisian Aidilfitri yang sepatutnya bagi kita, sebagai panduan, agar Aidil Fitri kita mendapat berkat dan rahmat dari Tuhan.
Sumber: www.rufaqa.com
Thursday, November 04, 2004
MUTIARA KATA DARI IMAM AL-GHAZALI
1) Akal sebenarnya lebih berhak untuk disebut nur atau cahaya daripada mata, kerana ia tidak mempunyai kecacatan mahupun kekurangan yang dimiliki mata.
2) Barangsiapa mengenal Allah di dunia ini, maka ia akan merasa seperti berada di syurga, kelapangannya laksana lapangnya 7 petala langit dan bumi.
3) Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam-jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana takutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin.
4) Barangsiapa yang memilih harta dan anak-anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah nescaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar.
5) Berani adalah sifat mulia kerana berada antara sifat pengecut dan membabi buta. Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada antara bakhil dan boros.
6) Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.
7) Barangsiapa yang menyombongkan diri kepada salah seorang dari hamba-hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya.
8) Cinta adalah sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah mesti dipelihara dan dipupuksuburkan dengan solat dan ibadah yang lainnya.
9) Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia adalah manusia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.
10) Hadapi kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang tunjukkan kegembiraan, kerelaan, penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan nampakkan sikap angkuh dan sombong.
11) Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman & tenaga badan daripada kelemahan. Dengan ilmu manusia punyai darjat yang tinggi.
12) Ilmu yang hakiki itu ialah yang beri keyakinan bahawa maksiat itu racun yang menbunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia.
13) Jika anda berada dalam jamuan di rumah orang hendaklah menjaga perangai, menjaga mata, dalam solat menjaga hati dan dalam pergaulan menjaga lidah.
14) Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.
15) Kebahagiaan yang sebenar lagi utama hanya terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak2 yang berlebih2an.
16) Ketahuilah kiranya sebahagian orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.
17) Ketahuilah, bahawa harta itu adalah seperti ular. Padanya ada racun dan padanya juga ada penawar. Faedahnya itu ubat dan bahayanya itu bisa.
18) Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup mencari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia2kan teman yang telah diperolehinya.
19) Melindungi persaudaraan dengan menolak celaan-celaan daripada musuh dan kedengkian orang2 yang berdengki adalah wajib dalam ikatan persaudaraan.
20) Membuka rahsia itu suatu pengkhianatan dan ia adalah haram apabila datangkan kemelaratan pada orang lain serta tercela walaupun orang itu tidak melihat.
21) Nikmat yang dikurniakan Allah akan bawa bahagia. Apabila seseorang sedikit sahaja cintanya terhadap Allah, maka sedikitlah hasilnya di akhirat kelak.
22) Sabar itu ada 4 perkara : Sabar dalam ketaatan, sabar dalam berbuat maksiat, sabar dalam godaan dunia dan juga bersabar terhadap ujian Allah.
23) Orang yang meyakini dengan sepenuh keyakinan bahawa dia adalah lebih tinggi daripada seorang hamba Allah, maka sesungguhnya dia telah membatalkan amalannya.
24) Orang yang tidak bersabar sesudah bersedekah ialah orang yang berbangga2 dan mencaci dengan sedekahnya, maka dia sendiri membatalkan amalannya.
25) Sabar itu adalah suatu tingkat daripada tingkat2 agama dan suatu kedudukan daripada kedudukan orang2 yang berjalan menuju Allah SWT.
26) Solat itu ada pengajaran sifat taqwa, iaitu mengerjakannya dengan sepenuh2 hormat, patuh dengan melakukan rukuk dan sujud terhadap Allah Maha Pencipta.
27) Taubat itu harus berlangsung terus menerus dalam segala keadaan walaupun manusia itu sememangnya tidak sepi daripada kesilapan2.
28) Tidaklah seseorang itu sombongkan diri kecuali bangga dirinya dan tidaklah seseorang itu bangga diri kecuali yakin bahawa dirinya mempunyai sifat lengkap.
Wednesday, November 03, 2004
Mohon Bantuan dengan Sabar dan Shalat
(Al Baqarah: 44 - 46)
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ (44) وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ (45) الَّذِينَ يَظُنُّونَ (أَنَّهُمْ مُلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (46
Terjemahan:
(44) Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berakal?
(45) Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.
(46) (Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.
(44) Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berakal?
Menurut Ibnu Abbas sebab ayat ini diturunkan ialah kerana sikap ulama Yahudi Madinah yang banyak mengetahui kebenaran kerana mereka membaca kitab Taurat, sayangnya kebenaran yang mereka ketahui itu hanya mereka sampaikan kepada orang lain, tetapi mereka sendiri tidak mahu mengikutinya seperti tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Yang dimaksudkan dengan "melupakan" disini ialah "meninggalkan". Sepatutnya setiap manusia tidak akan melupakan kebaikan untuk dirinya, malahan kalau boleh jangan ada seorangpun yang boleh mendahuluinya dalam mencapai kebaikan dan kebahagiaan. Disini digunakan istilah "melupakan" bukan dengan istilah "meninggalkan" untuk menyatakan betapa mendalamnya sikap tidak perduli dan lalai mereka terhadap perkara yang sepatutnya mereka lakukan. Jadi maksud ayat: Sekiranya kamu sungguh yakin terhadap kebaikan atau keburukan yang dinyatakan oleh Al Kitab, maka mengapa kamu sampai melupakan dirimu sendiri?
"Sedangkan kamu membaca Al Kitab": Ini memberi isyarat bahawa mereka yang menyuruh itu mengetahui kebenaran yang tidak diketahui oleh orang yang disuruh supaya mengikutinya. Terdapat perbedaan yang sangat besar antara orang yang disuruh melakukan sesuatu tanpa ilmu dengan orang yang meninggalkannya padahal ia mengetahui keistimewaan apa yang ditinggalkannya.
"Maka tidakkah kamu berakal? " Allah SWT menafikan akal mereka yang bersikap demikian kerana akal adalah alat untuk berfikir membezakan apa yang boleh mendatangkan manfaat bagi dirinya dan apa pula yang boleh mendatangkan mudarat. " Akal yang sejahtera " akan mendorong dirinya sendiri terlebih dahulu untuk melakukan apa yang berguna sebelum dia menyuruh orang lain melakukannya. Dan demikian sebaliknya, akal yang sejahtera juga akan menghalang dirinya terlebih dahulu untuk melakukan apa yang boleh mendatangkan mudarat sebelum dia menghalang orang lain melakukannya.
Atas dasar ini, barangsiapa yang menyuruh orang lain berbuat baik tetapi dia sendiri tidak melakukannya. Atau melarang orang lain daripada melakukan kejahatan tetapi dia sendiri melakukannya. Ini menunjukkan kejahilannya dan seolah olah dia tidak mempunyai akal lagi. Lebih lebih lagi kalau orang yang bersikap demikian itu orang yang berilmu.
Walaupun ayat diatas pada asalnya diturunkan kepada Bani Israil, namun pengajarannya adalah umum untuk semua.
Ayat diatas tidak menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak melakukan apa yang disuruh lalu dia boleh meninggalkan kewajiban "amar ma'ruf dan nahi munkar". Ayat diatas hanya menunjukkan "taubikh" atau "sikap yang tercela" bagi orang yang bersiap demikian. Sebab sebagaimana kita maklum bahawa kewajiban setiap manusia ada dua:
1) Menyuruh dan melarang dirinya sendiri.
2) Menyuruh dan melarang orang lain.
Meninggalkan kewajiban pertama tidak bererti kita boleh meninggalkan kewajiban yang kedua atau sebaliknya.
Manusia yang sempurna ialah orang yang menunaikan kedua duanya serentak. Dan adalah manusia yang paling buruk jika meninggalkan kedua duanya. Sedangkan jika dia melakukan salah satu daripadanya tentu saja tidak setarap dengan orang pertama iaitu melakukan kedua duanya, tetapi dia adalah lebih baik dari golongan yang kedua.
Hanya saja naluri (fitrah) manusia biasanya tidak hormat kepada orang yang perbuatannya berbeza dengan perkataannya. Malahan menteladani seseorang melalui perbuatannya adalah lebih mendalam kesannya dibandingkan jika hanya melalui perkataan saja.
Islam tidak akur dengan pribahasa: "Ambillah apa yang saya katakan tetapi jangan diambil apa yang saya lakukan".
Malahan amalan dalam Islam ialah:
Setelah Allah SWT menjelaskan betapa buruknya keadaan mereka. Akal tidak lagi berguna dan Al Kitab pun tidak lagi dapat memperingatkan mereka, lalu pada ayat berikutnya Allah membimbing mereka kejalan yang lebih baik iaitu agar mereka meminta pertolongan melalui sifat sabar dan shalat.
(45) Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'.
Dalam ayat ini pula Allah menyuruh orang-orang yang beriman agar menjadikan Sabar dan Solat sebagai penolong dalam mereka menghadapi urusan keduniaan mereka.
Sabar dalam menjauhi larangan Allah
Sabar terhadap cubaan yang telah ditakdirkan oleh Allah.
Setiap manusia sangat memerlukan ketiga tiga jenia sabar diatas. Dengan sabar segala galanya dapat dilakukan dengan mudah. Sabar adalah kunci kejayaaan. Allah sentiasa menolong orang yang sabar. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
Adapun perintah Allah agar kita memohon pertolongan dengan shalat, kerana shalat adalah tiang agama dan cahaya bagi orang-orang yang beriman serta tali penghubung antara hamba dengan Tuhannya. Jika shalat dikerjakan dengan memenuhi syarat rukunnya dan adab adabnya serta kehadiran hati seperti berdiri dihadapan Allah Yang Maha Perkasa dengan rasa rendah diri, rasa takut akan azab-Nya dan penuh harap kepada rahmat Nya. Shalat yang dilakukan dengan cara begini akan boleh menolongnya agar dapat menghindarkan diri daripada dosa dan segala jenis kemungkaran.
Tetapi shalat yang sempurna adalah " sangat berat " kecuali bagi orang-orang yang khushu’. Bagi mereka shalat adalah mudah dan ringan kerana khusyu' mengandungi makna takut kepada azab Allah dan mengharap rahmat yang ada disisi-Nya. Perasaan seperti ini akan mendorongnya supaya melakukan shalat dengan rela hati dan lapang dada bukan kerana terpaksa. Keadaan ini berbeda bagi mereka yang tidak mempunyaai perasaan demikian. Pada mereka tidak ada kuasa pendorong, malahan jika mereka melakukan shalat dirasakan justeru sebagai tugas yang paling berat.
Khusyu' ertinya: Kerendahan hati dan ketenangan jiwa berdiri menghadap Allah dengan penuh ketundukan dan harapan serta sungguh yakin terhadap Allah dan pertemuan dengan-Nya.
Atas sebab inilah maka Allah menjelaskan pada ayat berikut tentang siapakah sebenarnya orang-orang yang khusyu' itu?
(46) (Iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.
Sebenarnya keyakinan yang mantap bahawa setiap amalan kita di dunia ini akan diberi ganjaran di akhirat dan mereka kelak pasti akan menemui Allah untuk mempertanggungjawabkan segala perbuatan mereka. Keyakinan inilah sebenarnya yang telah membuat mereka merasa ringan ketika melakukan ibadat, membuat mereka boleh merasa tabah jika ditimpa bencana dan mencegah mereka daripada melakukan segala jenis kemungkaran.
Sedangkan manusia yang tidak mempunyai keyakinan seperti diatas, malahan tidak mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka bagi mereka ibadah shalat dan ibadah ibadah lainnya adalah merupakan suatu yang paling sukar lagi membebankan.
Sumber:
http://www.al-nidaa.com.my/ilmu/quran.html#7
Lailatul Qadar
Tuesday, November 02, 2004
Iki my son
My only son in the family
Be known only as a simple "Iki"
So cheeky and naughty
Still want to sleep with mummy
Even we offer him money
He doesn't want to move and be lonely...





