Thursday, December 30, 2004

 
Keistimewaan Masjidil Haram, Masjid An-Nabawi dan Masjidil Aqsa

Masjid yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Dalam hadis-hadis yang lain ada menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya yang bererti ,
Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud ;
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Di samping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yang dapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Dalam sebuah hadis lagi ada menerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang di masjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :-
Ertinya :
Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."

Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.

Mengenai kelebihan Masjidil Aqsa pula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,
"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah."

Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa ( di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).

Di samping itu, Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam telah mengakui bahawa Masjid Quba' adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinya serta sembahyang di dalamnya.

Abdullah bin Omar Radiallahu Anhu ada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarah ke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah ke Masjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta dan terkadang-kadang berjalan kaki serta menunaikan sembahyang sunat dua rakaat di dalamnya.

Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."

Sumber: http://www.al-azim.com/masjid/masjidilharam.html


 

Watching my kids grow year after year..... Posted by Hello

Friday, December 24, 2004

 

Having a fun time at Putrajaya.... Posted by Hello

Thursday, December 23, 2004

 

UNTAIAN KATA PENAWAR BAGI HATI
Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi. Sesungguhnya, persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat..... dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat.

Bergaullah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu. Sahabat mewakili suatu kekuatan. Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

Sahabat yang paling baik adalah diri kita sendiri yang tahu menilai setiap apa yang kita lakukan.
Hadiah yang berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri.....

Jadilah juara yang mengajak orang lain menjadi juara. Kehidupan adalah suatu giliran..... antara senyum dan tangis.

Sejauh mana kita pergi, sekuat mana pun kita lari, kita tidak dapat menghindar reality, dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri.

Tak semestinya apa yang kita lihat itu benar belaka, kadangkala pandangan mata sering menipu. Selidikilah apa yang kita lihat dan pastikanlah kebenarannya. Semoga yang setitis menjadi selautan dan kebenaran akan terserlah.

Dalam menuntut ilmu pula..... jadilah seperti lembah, jangan seperti gunung. Kalau kita merendah diri mudah mendapat ilmu, tapi kalau sombong.....siapapun tak larat untuk mendaki.....

Tanpa amal lunturlah iman, tanpa iman sepilah ibadat, tanpa ibadat hilanglah nur di hati, tanpa nur pudarlah akhlakmu.....

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan.

Setiap kegagalan pasti ada hikmahnya, jangan sedih walaupun ia pahit. Jikalau kita yakin kejayaan itu milik kita, kita mstilah berusaha untuk mencapainya.

Gagal sekali tidak bermakna kita akan gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya jadikan ia pedoman dalam meniti arus kehidupan ini.....

Kekalahan dan kelemahan akan wujud jika kita yang membenarkannya.

Kehidupan ini adalah suatu perjalanan yang nun jauh..... hanya kita yang menentukan sama ada kapal itu sampai di tepian atau karam di lautan.

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang.

Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan tetapi apa yang tidak diduga berlaku dengan tiba-tiba, biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam. Tetapi usah kita ketawa memanjang kerana kegembiraan, yang belum pasti untuk selamanya.

Walau sekuat mana sayang kau pada seseorang itu, relakan pemergiannya. Andai kata dia kembali padamu, sesungguhnya takdir telah menentukan dia untuk kau. Tapi, andai kata dia tidak kembali, maka redhalah, ketentuan takdir dia bukan milikmu sejak dari dulu lagi. Tak kenal maka tak benci.....semoga dibuai mimpi ngeri.....

Setiap manusia memerlukan perubahan, dan perubahan itu memerlukan pengorbanan. Bila disatukan keduanya..... ia memerlukan bimbingan.

Suatu kesilapan itu adalah merupakan pengajaran yang paling bermakna.

Lawan tetap lawan..... walaupun kita tewas..... namun musuh luka jua.

Jangan takut pada kesilapan kerana ia mengajar kita erti kehidupan.

Ada baiknya kita belajar suatu kejujuran walaupun ia datangnya dari satu kesilapan.

Sesekali berterima kasihlah pada pengalaman kerana ia mengajar kita erti kedewasaan.

Keindahan bunga pada mekar kuntumnya, keindahan kata pada puitisnya, keindahan langit pada pelanginya, keindahan manusia pada akalnya.

Apabila terjadi perpisahan, tak kiralah pihak mana yang membuat keputusan, kaum wanitalah yang lebih menderita.....

Kesilapan utama kita adalah menurut kata hati, sekali terlanjur, akan terulang terlanjur, jarang sekali manusia mudah kembali.....

Cinta tanpa cemburu bukanlah sesuatu yang sejati. Kadangkala kita lupa padaNya..... sebab itu kita tidak siuman.....

Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bereti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta..... tapi..... cinta itu adalah cinta.....

Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Orang yang tenang adalah orang yang bersedia menghadapi perkara yang tidak disangkakan, mengharapkan yang terbaik tetapi menerima apa jua yang mendatang.

Bukannya pada berani jatuh sesorang, tetapi berani bangun setelah jatuh yang merupakan kunci keberhasilannya.....

Hanya lidah yang mampu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, ayunan kedua belah tangan, langkah kedua-dua kaki dan sikap tubuh atau seluruh anggota badan akan membohongkan apa yang diucapkan oleh lidah.

Jangan dipertikaikan suatu nilai persahabatan hanya kerana satu kesilapan.

Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah, tapi nak senang kena susah dulu, walaupun dah senang, senang ajer nak susah, tak susah nak susah,tapi susah nak cepat senang, senangkan diri yang susah, agar yang susah jadi senang. Senang hati, senang diri, senang semuanya.....

Diam tak semestinya berfikir, merenung tak semetinya mengkaji, bercakap tak semestinya berilmu, dan bertanya tak semestinya ingin tahu.....

Barangsiapa melakukan ketaatan dalam keadaan menangis, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga dalam keadaan ketawa.

Manusia boleh jadi alpa oleh kekayaan tetapi manusia tidak boleh lari dari kenyataan. Janji kita pada manusia boleh ditolak tepi tetapi janji kita pada Allah tidak boleh dimungkiri. Ilmu itu bagai haiwan liar, jadi tambatlah ia dengan tali kesungguhan.

Bila dah nekad terhadap sesuatu keputusan, jangan sesekali titiskan air mata.....

Realiti tak seindah fantasi andai kau hanya menanti dan terus menanti tanpa berusaha.....

Andainya tiada jodoh..... untuk ke singgahsana..... ku pasrahkan segalanya..... kerana takdir yang akan menentukan IMPIAN KASIH.....

Jadilah hamba kepada pahala, jangan jadi raja kepada dosa, supaya kita mampu untuk mengejar nikmat syurga dan tidak pula dikejar azab neraka.

Kasih abadi..... kasih Ilahi, kasih hakiki..... kasih Nabi, kasih sejati..... Kasih ibu, kasih suci.....kasih sesama sendiri.

Jika kita berkata ikhlas dari hati, ia akan menyelinap ke hati. Namun, jika kita bercakap dengan lidah, ia hanya akan sampai ke kulit telinga.

Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang digapai, ku melilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki.

Jangan kecil hati..... sebaliknya besar-besarkan hati tapi kecil-kecilkan badan. Makan biar selebar talam, ilmu biar selebar alam.

senyum pada semua orang adalah wajar, tapi.....bercinta dengan semua orang adalah kurang ajar.....biar tak hensem, asal jangan pekak.....gahnya bukan pada rupa..... jadi turbokan kereta kita.....



KATA HATI
There's nothing more painful
Then to let your feelings take you down.

Wednesday, December 22, 2004

 
NASIHAT UNTUK RAJA

Umum mengetahui bahawa hati itu adalah raja dalam diri. Raja inilah yang berkuasa menentukan gerak-geri dan perbuatan seseorang. Baik buruk seseorang maka semuanya berpunca dari raja ini. Ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah yang berbunyi, “Di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan. Jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu adalah hati.”

Ibarat sebuah negara, hati itu adalah raja atau pemimpin dalam negara. Maka anggota seperti tangan, kaki, mulut dan mata, semuanya mengikut perintah raja. Kalau A kata raja, A jugalah kata mereka. Anggota-anggota ini tidak membantah, sentiasa mengikut arahan dengan penuh taat dan setia. Malah akal pun turut serta menerima arahan dari raja. Akal ini, dia seperti perdana menteri, bila menerima sesuatu arahan dari raja, dialah yang merancang, menilai, dan membuat pilihan. Persoalan bagaimana nak laksana, bila masanya, di mana, semuanya adalah kerja akal. Tetapi, seperti diperkatakan tadi, akal ini bulat 100% mengikut arahan raja. Dia tidak memandai-mandai dengan keputusannya melainkan setelah menerima arahan tersebut. Begitulah “mekanisma” bagaimana sebuah pemerintahan kerajaan diri berjalan.

Namun, sebuah kerajaan tidak dapat lari daripada menghadapi ancaman musuh dan musuh yang terbesar bagi raja dan rakyatnya adalah nafsu. Nafsu sentiasa mengintai-intai dan mencari peluang untuk menumpaskan raja. Bagi nafsu, satu kejayaan baginya jika dia dapat mengalahkan raja seterusnya mengambil alih pemerintahan raja. Bagi mereka yang hatinya tidak kuat terhubung dengan Tuhan, mudah sahaja ditumpaskan oleh nafsu. Sifirnya mudah, kalau raja kuat, nafsu jadi lemah. Kalau nafsu kuat, raja pula lemah. Tak pernah berlaku, dua-dua kuat atau dua-dua lemah. Bila nafsu menang dan ambil alih pemerintahan, raja akan jadi boneka. Raja duduk di situ juga tapi raja dipergunakan oleh nafsu. Jadilah rakyat seperti mulut, tangan dan kaki mentaati raja boneka. Apa sahaja arahan yang keluar, walaupun dari raja, tetapi hakikatnya adalah percaturan nafsu. Sudah tentu arahan yang keluar tersebut adalah bersifat jahat. Memang nafsu begitulah kerjanya sepertimana yang telah disebut di dalam Al-Quran: “Sesunggunya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”.

Selagi raja tidak memperkuatkan dirinya, selagi itulah dia akan sentiasa menjadi boneka. Dia akan sentiasa dipergunakan oleh nafsu. Bagi raja seperti ini, nasihat untuknya adalah kembali kepada Tuhan dan baiki hubungan denganNya. Langkah pertama adalah mengenal Tuhan. Bila hati sudah kenal Tuhan, otomatik hati akan cinta dan takutkan Tuhan. Bila ini berlaku, barulah kuat hubungan di antara hati dengan Tuhan. Di waktu itu Tuhan memainkan perananNya menjadikan hati sebagai wakilNya. Kerajaan diri di waktu itu diperintah oleh wakil Tuhan. Dan hati itulah yang memainkan peranan sebagai wakil Tuhan. Dia akan berbuat seperti mana yang Tuhan mahu. Dia akan berbuat sesuai dengan syariat Tuhan. Bila ini terjadi, tidak ada peluang buat nafsu lagi untuk merajai. Nafsu menjadi lemah dan akan menyerah kalah. Anggota badan sebagai rakyat akan menjadi baik. Kerajaan diri aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan.

Friday, December 17, 2004

 

Fahami Kerja Tuhan

Kerja Tuhan hanya boleh difahami oleh orang yang celik mata hatinya. Ia tidak boleh difahami hanya dengan menggunakan mata kepala atau mata akal. Orang yang celik mata hatinya ialah orang yang berjaya membersihkan hatinya daripada dosa. Yang berjaya membenteng diri daripada pengaruh nafsu dan syaitan. Dalam kehidupan kita seharian, berbagai kerja Tuhan yang terjadi ke atas diri kita. Ia tidak sepatutnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Ia perlu difahami untuk kita faham maksud tersirat Tuhan dalam melakukan kerjaNya terhadap kita.
Jika tidak, Tuhan buat sesuatu, maksudnya lain, tetapi kita pula faham lain. Kelak, akan timbul berbagai masalah dalam diri kita. Yang ruginya adalah kita, sebab tidak mahu memahami kerja Tuhan. Bahayanya, ia boleh membawa kita terjerumus ke neraka. Wal’iyazubillah. Itulah sebabnya, untuk memahami kerja Tuhan ini, perlu kepada ilmu. Perlu kepada panduan dan didikan. Juga perlu kepada hikmah. Dan ada pula guru yang memimpin. Tuhan berfirman, “Barangsiapa yang diberi ilmu hikmah, sesungguhnya dia diberi kebaikan yang banyak.”
Di sini dibawakan satu contoh. Dalam mendapat harta, orang yang faham kerja Tuhan, tak sama tindakannya dengan orang yang tidak faham. Orang yang betul memahami kerja Tuhan, akan faham, Tuhan beri harta ini adalah nikmat pemberianNya supaya ia digunakan di jalan Tuhan. Jadi, harta itupun dikorbankan di jalan Tuhan, diagih-agihkannya untuk perjuangan Islam. Disedekahkan pula kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan. Begitu sekali dimanfaatkan harta tersebut. Berlainan pula dengan orang yang tidak memahami kerja Tuhan.
Harta bukan dikeluarkan untuk jalan Tuhan. Tetapi digunakan lebih kepada kepentingan diri. Ia dijadikan timbunan atau dibelanjakan pada tujuan maksiat. Harta dijadikan lambang kemewahan dan kemegahan. Jadilah dua orang ini, seorang mendapat kasih sayang Tuhan, seorang lagi mendapat kemurkaan Tuhan. Mereka berdua mendapat benda yang sama, iaitu harta, tetapi natijahnya berlainan. Ini ada hubungkait dengan soal memahami kerja Tuhan.

Ambil contoh lain pula, bila Tuhan beri sakit. Sudah pasti Tuhan tidak memberikan sakit itu sia-sia sahaja. Ada maksud Tuhan di situ. Supaya dengan sakit, kita lebih dekat dengan Tuhan. Dengan sakit, ia boleh menghapuskan dosa-dosa kita. Tapi, syaratnya, kita pandai membaca maksud Tuhan itu. Kita memahami kerja Tuhan itu dan boleh terima apa yang Tuhan lakukan kepada kita. Sesorang yang mendapat sakit, boleh jadi mendapat kasih sayang Tuhan dan boleh jadi juga mendapat kemurkaan Tuhan. Ini semua bergantung sejauhhmana dia memahami kerja Tuhan. Kalau dengan sakit, dia boleh redha dengan pemberian Tuhan itu, boleh mendekatkan diri dengan Tuhan dengan cara bertaubat serta berzikir, menganggap semua ini kifarah atau balasan Tuhan terhadap dosa-dosanya; nescaya di situ dia mendapat kasih sayang Tuhan. Dalam sakit, dia mendapat rahmat. Berbeza, kalau dia tidak redha dengan sakitnya, berputus asa pula dengan Tuhan, malah tidak mahu bertaubat, maka sudah tentu dia mendapat kemurkaan Tuhan. Dalam sakit, dia sebenarnya mendapat bala’.

Begitulah serba ringkas panduan untuk kita, agar kita dapat memahami sebaik-baiknya kerja Tuhan. Moga-moga dengan ini, kita dapat menjadi hamba Tuhan yang diredhaiNya. Maha suci Tuhan, sesungguhnya Tuhan itu tidak zalim, tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Sumber: www.rufaqa.com


Thursday, December 16, 2004

 
Dipetik dari http://www.rufaqa.com

TUHAN dan KASIH SAYANG KEPERLUAN SEBENAR MANUSIA

Wahai manusia, adanya kita ini di dunia ini hari ini, walhal sebelumnya kita pernah tidak ada disini, dan di satu hari pula nanti pasti kita tiada disini lagi, semuanya adalah ditentukan oleh dua faktor yang utama iaitu Tuhan dan Kasih Sayang. Tanpa kedua-duanya tidak mungkin kita ada, atau ada tapi sangat tidak sempurna. Hidup tapi tiada makna.

Mari kita mengkaji kebenaran kata-kata saya ini. Supaya kalau ia benar moga hidup kita selepas ini akan lebih bermakna lagi.

Mulanya seorang lelaki jatuh cinta dengan seorang wanita. Si wanita juga terjatuh hati padanya. Hatta kalau ditawarkan jejaka atau si dara lain pun, pasti ditolaknya kerana masing-masing sudah cukup terikat dengan cinta sesama. Cuba anda tanyakan, bagaimana boleh terjadi hal yang menakjubkan itu? Perasaan-perasaan itu dapat diikat oleh kuasa siapa? Dan kalau nanti ikatan perasaan itu putus, siapa perancangnya? Dan kalaulah perasaan-perasaan pengikat antara teruna dara itu tidak pernah wujud, sebenarnya perkahwinan jadi tidak perlu. Kalaulah manusia tidak mahu berkahwin, lebih-lebih lagi mereka tidak akan beranak. Tiada anak ertinya kita pun tiadalah di maya pada ini.

Ertinya lahirnya kita kedunia ini adalah hasil perancangan seorang ‘tuan’ yang memasukkan rasa keinginan mendalam lelaki kepada wanita dan sebaliknya. Bila Dia mencabut perasaan-perasaan itu bercerai-berailah dua manusia tadi. Marilah kita namakan Tuan kita itu yang kuasanya tanpa limit itu sebagai Tuhan. Memang Dia pun cakap bahawa Dialah Tuhan Pencipta Yang Agung itu. Logikkah kalau ada orang yang mengatakan Tuhan tidak ada? Mana mungkin sesuatu itu mencipta dirinya sendiri.

Baiklah, kalau Tuhanlah perancang yang Maha Hebat itu, apakah Dia tidak penting dalam hidup kita? Apa ada yang lebih penting dari Dia? Sampai-sampai Dia tidak difikirkan dan tidak dipedulikan pun?

Lihat! Tuhan melakukan ciptaanNya lagi dengan lahirnya anak satu demi satu dari sepasang lelaki dan wanita tadi. Yang ajaibnya, antara si anak terbina ikatan oleh perasaan kasihkan saudaranya yang tumbuh dalam dada masing-masing. Siapa tumbuhkan pokok rohaniah yang mata tak mampu melihatnya itu? Bagaimana kalau pokok-pokok itu tidak mahu tumbuh?

Tapi watak perasaan ini boleh berubah rupanya. Dia tidak selamanya subur. Kasih sayang boleh musnah oleh rasa-rasa kepentingan yang cukup kuat mencengkam di hati-hati saudara-mara tadi bilamana masing-masing dewasa dan terjun dalam dunia masing-masing.

Berpecah-belahlah insan-insan yang tadinya disatukan oleh kasih fitrah dari rahim seorang ibu dan ayah. Kepentingan dunia dilihat menjadi sebab perpecahan manusia. Kasih fitrah tidak mampu bertahan apalagi kasih-kasih buatan oleh jasa, kroni, parti dan persatuan. Hari ini mereka berbaik-baik, hari esok boleh mereka bermusuhan! Sedangkan manusia bukannya bahagia dengan perpecahan dan permusuhan. Tanpa kasih sayang suami isteri bercerai-berai, kecewa, putus asa dan menderita, anak-anak sakit jiwa. Sakit-sakit jantung, darah tinggi itu sesungguhnya berpunca dari tekanan-tekanan hidup akibat pergaduhan, kebencian dan kemarahan di kalangan manusia.

Bukankah peperangan-peperangan yang sedang melanda dunia ini hanya berpunca dari hilangnya kasih sayang? Perang keluarga terjadi bilamana masing-masing tak boleh mengawal perasaan benci-membenci. Peperangan di tempat-tempat kerja terjadi bilamana masing-masing tidak mampu membendung hasad dengki. Peperangan di antara kelompok terjadi akibat masing-masing tidak sanggup tercabar. Peperangan antara etnik terjadi kerana rebutan pengaruh. Peperangan antara negara-negara kerana kepentingan-kepentingan duniawi yang nak dipertahankan!

Mana ada satu peperangan yang berlaku di dunia ini akibat dari manusia saling berkasih sayang dan inginkan kebaikan?

Rumahtangga yang aman damai sampai ke anak cucu itu kelihatan berlaku di kalangan orang-orang yang mampu berkasih sayang sekalipun dalam ujian kepahitan. Negara-negara yang aman dari perang itu juga kelihatan di sebabkan faktor mengutamakan kasih sayang. Sebenarnya dan sesungguhnya dunia sedang amat memerlukan kasih sayang untuk selesaikan peperangan. Tapi bagaimana? Biar saya pecahkan persoalan ini, dengan formula-formula yang saya temukan dalam pertanyaan-pertanyaan panjang saya kepada Tuhan. Hanya Tuhan saja Kuasa Yang Maha Tahu dimanakah dunia harus memulakan perjalanan keluar dari masaalah yang cukup kronik ini!


Kita pun sudah tahu bahawa tangan yang memberi dan mencabut kasih sayang ialah Tuhan. Mengapa Dia memberi dan mengapa Dia mengambil kembali. Rasanya kita boleh agak jawapannya. Macam kita memberi rumah pada anak kita. Mengapa kita ambil kembali rumah itu? Tentu kerana anak cukup derhaka, biadap dan menyalahguna! Tindakan itu kan cukup bijak kalau kita sayangkan anak. Tentu dia akan betulkan kesilapannya untuk dapatkan kembali rumah itu.

Maka sesungguhnya wahai manusia, langkah pertama untuk keluar dari dunia neraka ini ialah Cari Tuhan. Tuhan yang sedang mentadbir matahari dan bulan dan yang sedang mengambil berat tentang batang tubuh kita ini. Dia yang sudah sekian lama kita tidak pedulikan. Kerana menganggap kita sudah cukup tidak perlukan Tuhan. Sampai-sampai ada yang konon tidak percayakan Tuhan. Tidak yakin dengan Tuhan. Kederhakaan dan kebiadapan itu membuatkan kasih sayang tercabut dari suami isteri, murid dan guru, pemimpin dan rakyat. Kasih sayang tidak sanggup berada dalam diri-diri orang yang bodoh sombong dengan Tuhan Penciptanya. Lalu isilah kekosongan jiwa dengan derita, gelisah, kecewa dan putus asa.

Tapi aneh manusia intelek yang menderita ini terus menerus berjuang dengan lantang untuk membangunkan ekonomi, politik, teknologi dan pembangunan ummah. Seolah-olah dia berkata, ekonomilah, politiklah, ICTlah dan pembangunanlah yang akan mengubat penderitaan dan kekecewaan! Sedangkan kesibukannya memperjuangkan itu semualah menyebabkan porak perandanya rumah tangganya, anak-anak, cucunya dan kroninya dan etniknya dan bangsanya! Nyata sekali golongan ini sedang berpura-pura, berlakon menyembunyikan realitinya hidup dan perjuangannya!

Sebenarnya mereka tidak temui Tuhan, sebagai formula dan keutamaan untuk menyelesaikan seluruh masaalah yang sedang mereka tanggung!

Ya, Tuhan pun tidak memilih mereka untuk tujuan itu, kerana mereka langsung tidak mahu bertanya kepadaNya. Mereka hanya bertuhankan akal dan nafsu semata-mata.

"Wahai Tuhan, Maha Guru, Tempat Rujuk dan Pakar Pencipta dan Penyelesai masalah, kasih sayang yang tercabut dari hati-hati manusia itu, kembalikanlah. Bayaran yang kami akan buat untuk permintaan ini dan pemberianMu nanti mahal sekali. Iaitu kami janjikan untuk mencintaiMu sepenuh hati, menyebutMu selalu, promosi dan perjuangkanMu di mana-mana. Dan kasih sayang yang kami dapatkan semula ini, akan kami jaga dan perjuangkan sungguh-sungguh Tuhan. Agar dia tidak hilang lagi dari hati-hati kami. Agar kami tidak menderita seteruk ini lagi !!!

Amin.
Terima kasih Tuhan.


Friday, December 10, 2004

 

Taqwa pada Illahi Asas Kekuatan Umah

DUNIA telah pernah tercengang, kagum dan kehairanan apabila Islam yang baru muncul di bawah pimpinan Muhammad SAW telah dapat menakluki dua empayar raksasa dunia (Rom dan Parsi) dalam tempoh yang amat singkat.

Pada pertengahan kurun ke dua belas Masihi, dunia sekali lagi menjadi kagum dan tercengang. Pada tanggal 3 dan 4hb Julai 1187, tentera Islam di bawah pimpinan Salehuddin Al Ayubi telah mara membebaskan Baitul Maqdis daripada cengkaman penceroboh-penceroboh pehak Nasrani Barat. Tentera Islam telah berjaya menggempur dan merebut kota Hittin yang merupakan kota taklukan tentera salib yang paling kukuh. Peperangan di Hittin ini merupakan satu siri peperangan yang terbesar dalam sejarah dunia. Kerana ia telah mengorbankan 45, 000 orang tentera salib di bawah pimpinan ‘The Guy of Lucing’ penakluk Baitul Maqdis dan ‘Rayland’, pemerintah benteng Karak.

Sebelum mara ke jurusalem dan menakluki kota suci Baitul Maqdis, Salehuddin telah memberhentikan gerakan tenteranya disuatu lapangan yang dikelilingi bukit-bukau dipinggiran lautan Tiberias. Sudah menjadi kebiasaan bagi Salehuddin Al Ayubi, sebelum sesuatu gerakan militari dimulakan, ia akan memeriksa disiplin tenteranya, terutama sekali disiplin menepati waktu sembahyang dalam hubungan Allah dan tidak ketinggalan galakan untuk meningkatkan hubungan dengan manusia

Sewaktu memberi taklimat kepada tentera-tenteranya Salehuddin berkata:
Walaupun Baitul Maqdis ini untuk kita, kerana sesungguhnya ia adalah tempat israknya Nabi kita, tempatnya lahirnya para anbia serta tempat berkumpulnya para malaikat. Dan walaupun menghancurkan tentera salib adalah satu kemestian yang tidak boleh di lengahkan, namun merbut kemenangan itu bukan tujuan utama. Sesungguhnya ini adalah amanah yang mesti ditunaikan.

“Tetapi mendapatkan keredhaan Allah itu adalah perkara pokok. Biarlah keredhaan-Nya adalah matlamat kita sama ada menang atau kalah. Keampunan Allah itu kunci untuk mendaptkan bantuan Allah serta turunnya tentera para malaikat. Keampunan-Nya adalah matlamat kita. Berdiplin dan tepati waktu sembahyang, hubungkan silaraturahim sesama manusia kerana diatasnya turun rahmat Allah. Bersihkan tempat pandangan kasih sayang Allah dengan meletakkan ikhlas itu ditempat jihad kita.”

Setelah mendapat ingatan dan nasihat barulah tentera Islam di bawah pimpinan Salehuddin Al Ayubi menjalankan operasi ketenteraannya. Dalam waktu yang singkat tentera Islam telah berhasil merebut kembali sejumlah kota-kota yang diduduki oleh tentera salib. Diantaranya kota-kota Naplus, Jerico, Ramlah, Caoserea, Arsuf, Jaffa, Bairut dan Ascalon. Hanya beberapa hari sahaja, tentera Islam membuat kepungan di Baitul Maqdis dan menjadikan bukit Zaitun sebagai markas. Akhirnya pada ogos 1190 masehi bersamaan ramadhan 590 hijrah, tentera salib yang berjumlah 6,000 orang dibawah pimpinan Frederick Barbarossa (emperor Jerman), Phlips Augustus (panglima Perancis) dan Richard (Panglima Inggeris) telah menyerah kalah kepada tentera-tentera Islam.

Di iringi gema takbir, tentera-tentera Islam mara kehadapan membebaskan Baitul Maqdis kembali kepangkuan umat Islam. Suara Azan berkumandang kembali setelah hampir satu abad dilenyapkan oleh satu cengkaman penceroboh-penceroboh Nasrani barat. Manakala loceng gereja berhenti berbunyi. Dan turunlah salib emas daripada kubah sakhirah (The Ailing Stone). Berundurlah Panglima tentera salib bersama sebahagian tenteranya yang masih hidup dan menanggung kerugian dan malu yang amat sangat. Ditinggalkan benteng Baitul Maqdis yang telah di duduki selama 90 tahun lebih.

Para perinsik tentera Salib telah memberi laporan hasil tinjaunnya kepada komandan-komandan tentera bersekutunya bahawa kemenangan umat Islam adalah kerana mempunyai kepimpinan yang berperibadi tinggi dan berakhlak mulia. Pemimpin Islam meletakkan kepentingan umum lebih dari segala kepentingan peribadinya. Dia menepati janji, pengasih dan berperi kemanusiaan. Dan amalan hidup mereka adalah secara berkumpulan. Pada waktu malam nya mereka bagaikan pedita-pedita dan siangnya bagaikan singa lapar. Demikianlah pengakuan orang luar Islam terhadap kebenaran pejuang-pejuang Islam.

Bukanlah suatu perkara yang mustahil bahawa dunia sekali lagi akan terjatuh dan bergegar dengan jatuhnya kuasa-kuasa besar yang ada pada hari ini. Ini tidak mustahil berlaku bila perjuangan Rasulullah dan para sahabat serta para salafusoleh yang menjadikan sebagai budaya pejuang-pejuang Islam masa kini.

Kita sedia maklum bahawa kekuatan sesuatu umat itu adalah bila ia dapat mencetuskan tiga kekuatan iaitu kekuatan jiwa, akal, dan fizikal. Keseluruhan para sahabat dan salufussoleh menjadikan bangun malam sebagai titik tolak untuk membangunkan ketiga-tiga kekuatan ini. Sesungguhnya bangun diwaktu malam dan menghiasi dengan selawat, munajat, zikir, tilawatul quran, doa, tafakkur, dan sebaginya mempunyai rahsia, hikmah besar yang akan Allah SWT limpahkan.

Salman Al Farisi mengemukakan bahawa nabi SAW bersabda:
“Hendaklah engkau mengerjakan solat malam kerana pekerjaan itu merupakan kebiaasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia akan menghampirkan diri kepada Allah, menghapuskan kejahatan dan mencegah dari berbuat dosa dan mengusir penyakit dari tubuh..”

Dalam riwayat yang lain Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:
“Sembahyang di masjid ku sebanding dengan 10 000 solat di tempat lain, sembahyang di Masjidil Haram sebanding dengan 100 000 sembahyang, sembahyang dimedan perang senabding dengan 2 juta solat dan yang paling banyak nilaiannya dari semua ini ilah dua rakaat yang dikerjakan oleh seoarang hamba di tengag malam” – Riwayat oleh Abu-Syaikh dan ibnu Hibban.

Dalam hadis lain sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Dardak bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Tiga golongan yang dincintai oleh Allah, ia ‘tertawa’ dan gembira dengan mereka.

1. Apabila satu kelompok maju bertempur semata-mata kerana Allah, dia terbunuh atau Allah beri kemenangan kepadanya dan mencukupkannya maka ia berfirman.
“Lihat hambaku kerana betapa sabar dia berjuang kerana aku…”

2. Orang yang mempunyai isteri cantik dengan tilam yang empuk ia bangun sembahyangg tahajud Allah lalu berfirman ,”“Dia tinggalkan kesenangannya dan ingat kepada KU padahal kalau dia mahu dia boleh tidur.’

3. Orang-orang yang berpergian yang padanya ada khafilah maka ia berjaga lalu ia tidur kemudian bangun malam dalam keadaan susah mahupun keadaan lapang.”

Ganjaran yang akan diterima oleh orang yang menghidupkan malam ini amat besar. Manakala akhirnya, orang-orang berbakti dengan bertahajud menghidupkan malam itu akan mendapat ganjaran syurga sebagai puncak keberuntungannya.

Begitulah di antara kelebihan dan kemulian disisi Allah dan Rasul-Nya di dunia mahupun Akhirat. Mereka bangun di malam-malam sepi hening dengan penuh hening dengan penuh kepayahan, sedangkan orang lain di kala itu tidur nyenyak menghabiskan malam yang panjang. Dikala para ahli maksiat mengikuti godaan syaitan dengan menghabiskan malam-malam yang panjang di gedung-gedung maksiat, maka para ahki tahajud bertarung dengan nafsunya yang inginkan bersedap-sedap dan leka. Ia bangun menemui panggilan taqwa.

Amalan ini berat bagi orang lain tapi ringan dan nikmat bagi mereka yang berpaut hatinya dengan iman dan kerinduan memenuhi seruan Ilahi. Inilah rahsia bagaimana sebahgian besar para sahabat menggali kekuatan perbadi. Dari sinilah lahirnya watak-watak yang berani dan bersungguh menengakkan kebenaran. Walaupun diwaktu orang ramai mabuk dengan maksiat dan kebatilan, mereka tidak gentar menghadapi berbagai-bagai masalah, menghadapi kesusahan dan penderitaan demi perjuangan menegakkan kalimah Allah yang tidak mengenak takut dan gentar pada lawan.

Berkat kekuatan yang terpancar hasil pimpinan Al-Quran dan sunnah rasul menjadikan para sahabat berjaya menyebarkan ke pelusuk dunia. Dari Tanah suci Makkah ke Madinah, melintasi lautan Merah menyeberangi ke benua Afrika, ke Mesir, Libya, Tunisia, Morocco dan menyeberangi selat Gibraltar menuju Sepanyol. Kemudian melintasi pergunungan pyrenes yang curam dan berbahaya menuju Perancis, Poland, Hungary Albania, Yugoslavia, Bukhara dan sebahgian sebahgian besar dataran Russia.

Manakala missi ke timur, Islam telah berjaya memanjat tembok besar China. Menjalar ke India terus ke negara asia timur dan akhirnya sampai ke gugusan pulau-pulau melayu. Kita orang-orang melayu pun mendapat rahmat dengan menerima Islam berkat perjuangan singa-singa Allah yang hebat dan gigih mengharungi gelombang perjuangan. Tanpa mereka mungkin kita kini tinggal dalam alam kejahilan dan kekufuran yang keji dan tidak berharga.

Itulah detik demi detik yang dicatit oleh sejarah keberanian dan kekuatan sahabat-sahabat serta salafussoleh mengalunkan perjuangan dengan penuh hikmah, ikhlas, bertrategi, serta istiqamah. Mereka berjaya mengubah peta dunia daripada peradaban jahilliah kepada peradaban tauhid dan kebudayaan tinngi dan mulia. Umat manusia akhirnya kembali menghadap wajah dan kalbu kepada Tuhan, membina ‘contact’ dan komunikasi dengan khaliqnya dibawah sinar terang cahaya wahyu Ilahi. Tanpanya mungkin dunia hingga ke hari ini tetap tinggal di dalam gelap gelita, dialam jahilliah yang hitam pekat.

Masa terus berlalu dan roda catur perjuangan terus bergolek ke atas dan ke bawah. Rasulullah, para sahabat dan salufussoleh yang gigih memperjuangkan perjuangan, telah kembali ke hadrat Allah Rabbul Izzati. Mereka semua pergi dengan meninggalkan Al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup umatnya di dunia dan akhirat, sampailah roda perjuangan itu pada giliran kita.

Putaran alun dan kebangitan Islam menjalar ke seluruh pelusuk alam. Dan gelombang ini terus beralun. Ia pasti akan kembali meruntuhkan satu demi satu tembok yang menghalang. Runtuhnya bukan dengan gempuran senjata , bukan dengan tepikan demontrasi, atau dengan resolusi seminar tapi dengan angin dakwah, dengan kekuatan rohani, itulah kekuatan taqwa. Kekuatan ini pernah dibina oleh rasul dan para sahabat dan kekuatan itulah yang mesti kita ambil balik.

Kini giliran kita, kini era kita dan zaman kita. Tunggu! Dunia sekali lagi akan bergegar dengan sejarah besar kejatuhan empayar-empayar raksaksa yang zalim dan kejam di bawah telapak mujahid-mujahid Islam yang dimalam hari bagaikan pendita dan di siangnya bagaikan singa!
Pak Syeikh- Ketaqwaan itu asas Kedaulatan Ummah. bagaimana masyarakat sekarang nak bertaqwa kalau asyik dengan Konsert Sure Heboh, Akademik Fantasia dan Idol.Tewas dalam akademik fantasia pun dah menangis, biar lah menangis kerana mengenangkan dosa-dosa dengan Tuhan dan kasih sayang sesama manusia. Dan bukannyer menangis kerana nak kejar dunia.

Sumber: http://groups.yahoo.com/group/SiberMelayu/message/83


 
ISTERI CERDIK DAN BERSTRATEGI PERMUDAHKAN PERJALANAN SUAMI

Islam adalah agama bagi orang yang cerdik. Orang cerdik akan memilih sesuatu yang dapat menyelamatkan dirinya. Bukan sahaja selamat bahkan tenang, senang, damai, dan bahagia di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Sebab itu orang cerdik akan memilih sesuatu yang tepat dan bukan setelah kena tipu baru ternganga. Itulah sebabnya orang cerdik memilih akhirat daripada dunia.

Islam mahukan wanita-wanitanya juga cerdik dan bersrategi. Cerdik adalah penting. Terutamanya isteri para pejuang. Isteri yang cerdik dan berstrategi tahu menilai dirinya dan bijak meletakkan diri, kerana pada tempatnya. Sifat cerdik membolehkan ia banyak membantu perjuangan suami.

Isteri yang cerdik sentiasa pandai mengatur hidupnya, mengurus rumahtangganya, suami serta anak-anak. Ia cekap dalam bertindak jika ia perlu membuat keputusan sendiri. Isteri yang begini mampu untuk hidup dalam berbagai keadaan. Ia pandai menyesuaikan diri. Suami akan menjadi dungu kalau memiliki isteri yang tidak cerdik yang hanya berfikir tentang dirinya, perasaanya tanpa memikirkan pengorbanan dan perjuangan suami.

Pejuang ertinya orang yang hidup berjuang. Bila berjuang ertinya perlu berkorban, dan setiap yang berkorban mesti terkorban. Sedikit sebanyak isteri-isteri pejuang adalah orang yang merelakan dirinya berkorban dan terkorban di jalan Allah. Bukan senang untuk menjadi isteri seorang pejuang. Terpaksa mengorbankan segala-gala demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Tentulah sakit dan perit, tapi itulah nilai dirinya di sisi Tuhan.

Sebab Rasullullah memilih isteri-isterinya dari kalangan cendiakawan (cerdik pandai). Bukan sahaja cerdik bahkan tangkas, cergas, bijak, rajin disamping cantik dan pemalu. Perempuan mesti ada sifat pemalu. Sebab malu itu bagi wanita adalah sebahagian dari iman.

Pernah dalam sejarah memaparkan bagaimana cerdiknya isteri Rasullullah SAW. Kesemuanya isteri baginda 11 orang yang kekal dan terkenal dalam sejarah dan disebut-sebut. Yang cerdik di antara mereka, bijak pula dan selalu disebut-sebut oleh Rasullullah SAW ialah Sayiditina Aisyah r.ha. Sayiditina Aisyah r.ha. wanita mulia ini diberi kelebihan oleh Rasullullah, kuat pula ingatan dan dapat pula luahkan dengan tepat bila ditanya.

Kadangkala wanita-wanita akhir zaman ini memiliki sifat-sifat pandai berhujah tapi kepandaian itu digunakan untuk melawan kata-kata suami dan ibu bapa sehingga suami rasa dirinya tidak dihormati. Ada juga wanita-wanita cergas, tangkas, bijak, dan rajin tetapi bukan pada suami dan bukan mengabdikan diri pada jalan Allah. Mereka cergas, tangkas, bijak, rajin di hadapan boss, bersama kaum lelaki, turun naik bas untuk ketempat kerja, menghadiri majlis sosial, lincah berkawan di disko-disko, kelab-kelab malam dan sebagainya. Ini bukan wanita cerdik.

Wanita cerdik pandai menjaga maruah diri, pandai membatasi diri dengan hukum-hukum syariat. Kalau ia terlanjur, ia cepat-cepat memohon maaf pada suami, bertaubat minta ampun pada Allah dan berazam tidak mahu mengulangi lagi. Wanita cerdik sanggup berkorban apa sahaja untuk suami hatta perasaannya sendiri semata-mata hanya kerana ingin melihat hati suami gembira dengan layanannya kerana kegembiraan suami ertinya pahala untuk dirinya. Sekalipun dirinya dan jiwanya terpaksa bermujahadah. Wanita cerdik berjiwa merdeka. Hatinya tidak dijajah oleh rantaian dunia, syaitan dan hawa nafsu yang sentiasa menipu. Itulah wanita cerdik yang berstategi dalam menghadapi hidup.

Isteri-isteri Rasulullah yang cerdik-cerdik semuanya pernah dimiliki oleh orang lain, kemudian terlepas ke tangan Rasulullah. Syaditina Aisyah sebelum berkahwin dengan rasulullah SAW pernah bertunang dengan orang lain. Ummu Salmah ( kedua cerdik ) pernah menjadi kepada isteri kepada Abu Salamah. Zainab r.a sebelum dikahwini Rasulullah, merupakan isteri kepada anak angkat baginda, Zaid Bin Harisah. Begitulah dengan yang lain-lainnya ada yang pernah menjadi janda sebelum berkahwin dengan Rasulullah. Setelah diamati dan dinilai barulah Rasulullah SAW kekalkan sebagai isteri.

Juwairiyah r.ha. adalah seorang tawanan perang. Sebelum dijadikan isteri Rasulullah sudah terserlah kecerdikannya. Biasanya kalau sudah jadi tawanan, seorang itu akan bingung dan beku ( jadi bodoh ), tetapi tidak pada Juwairiyah. Sebaliknya ia sanggup berjumpa Rasulullah minta diberi perlindungan, dibebaskan dia dan keluarganya. Orang yang berjiwa tenang sahaja yang boleh membuat begitu disaat orang lain gawat. Inilah wanita yang Rasulullah mahu dan diperisterikan. Bukan panik dan takut hanya kerana seekor lipas!
Begitulah penilaian Rasulullah dalam memilih calon isteri. Bukan seperti kita hari ini. Pilih calon kerana ada kelulusan universiti. Kononnya bijak boleh melahirkan anak yang pintar. Tapi kebanyakan yang berpendidikan tinggi tidak sedar dia menghambakan ibu ayah dan mentua. Ibu ayah dan mentua dijadikan hamba menjaga anak-anak mereka. Itupun ibu-ayah tidak sedar kerana dikaburi dengan wang yang dihulurkan setiap bulan.

Ada yang menganggap isteri yang cerdik itu isteri yang up-to-date yang berpakaian ikut trend, make-up tebal, rambut diset dengan pelbagai fesyen. Boleh ikut suami dalam apa sahaja majlis pun, pandai menari dan tidak kekok bergaul dengan rakan-rakan suami. Itu yang diharapnya dijadikan isteri. Hanya suami yang dayus sahaja yang sanggup melihat isteri ditonton oleh rakan-rakannya. Lelaki dayus tak akan masuk syurga, kata Allah. Itupun kita masih tidar sedar. Masih berkhayal dengan dunia yang bersifat sementara.

Cuba kita lihat apa pentingnya Rasulullah memilih wanita-waniat cerdik sebagai isteri? Pada sesetengah lelaki, ia hanya menilai pada cantiknya semata-mata. Pada pemimpin ummah seperti Rasulullah, sangat memerlukan isteri yang cerdik dengan kecerdikannya dapat dapat membantu baginda dan perjuangan Islam.
Perempuan cerdik dapat membantu suami disudut ia mampu semata-mata untuk membangunkan islam. Ia senang diajak bertukar-tukar fikiran, berbincang, saling memberi dan menerima, dapat pula melayan suami dengan baik, dapat menerima buah fikiran suami dan disampaikan dengan tepat pula. Sanggup berhadapan dengan bermacam-macam golongan masyarakat selagi tidak melanggar batas syariat, dapat membela Islam bila dipertikaikan dan lain-lain lagi. Bila isteri dapat berperanan sedemikian disisi suami yang berwatak pejuang.

Kalau cantik semata-mata tanpa cerdik dan berstategi, suami akan cepat jemu. Suami pulang semata-mata untuk berehat dan bersenang-senang dengan isteri dan anak-anak. Selepas itu dia akan diam membisu. Perasaan jemu tinggal di rumah akan menyebabkan suami tidak suka duduk di rumah. Apatah lagi kalau isteri itu di samping tidak cerdik dalam menghadapi suami, tidak ada rupa pula, lagilah suami jemu.

Untuk berhadapan suami, perlu juga susun strategi. Perlu faham dan kehendak. Perlu faham ‘mood’ suami. Bila ia suka di layan, bila dia hendak berehat, bila ia hendak bergurau, dan berkelakar dan bila pula suami ingin berbincang secara serius dalam hal-hal tertentu dengan isterinya. Isteri yang bijak pandai menepati kemahuan dan kehendak suami tanpa perlu diminta.

Hatta, dalam hal memasak pun isteri perlu cerdik. Kalau tidak cerdik, barang yang mahal jadi tidak sedap. Isteri perlu faham selera suami, kesukaan dan kegemarannya, biarpun ianya murah, tapi diadun dan direka menjadi satu masakan yang lazat. Jangan terjadi suami lebih gemar makan di luar dari makan masakan isteri sendiri.

Isteri yang terlalu lurus juga tidak dapat memberi hiburan pada suami. Isteri yang terlalu menurut tanpa menggunakan fikirannya untuk menilai sesuatu atau memberi padangan pada suami, tetapi tidak pula menjejaskan ketaatan pada suami atau melawan kata suami. Pernah salah seorang isteri Rasulullah oleh Sayiditina Aisyah akan kecerdikannya, katanya: “pergi kata kan pada Rasulullah bila engkau berjumpanya nanti: aku berlindung dengan Rasul.” Sedangkan Islam mengajar untuk berlindung dengan Allah!

Ummu Salmah r.a terkenal cergasnya dan pernah mengikuti beberapa peperangan hingga mendapat luka-luka. Pernah berlaku selepas hijrah Rasulullah ke Madinah, Rasulullah dan para sahabat sangat rindu untuk mengerjakan haji di Makkah. Perjanjian Hudaibiah pun dimeteri. Tetapi ternyata perjanjian itu berat sebelah.
Atas kebijaksanaan Rasulullah, umat Islam patuh juga pada perjanjian itu kerana dalam jangka panjang perjanjian itu menguntungkan orang Islam. Ini semua tidak disedari oleh pihak Quraisy Makkah. Para Sahabat sudah dalam keadaan terpinga-pinga ketika mereka dilarang masuk ke Makkah. Maka tidak ada harapanlah untuk mengerjakan haji pada masa itu.

Pihak Quraisy membenarkan mengerjakan haji pada tahun berikutnya. Sedangkan merak terlalu rindu Baitullah hinggakan bila Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat mencukur rambut dan menyembelih binatang korban, mereka di saat itu mereka tidak berbuat. Ummu Salmah memberi fikiran agar Rasulullah SAW dulu memulakannya. Akhirnya bila Rasulullah berbuat, barulah semau sahabat mengikut dan sedar akan perintah Rasulullah.

Itulah pentingnya isteri yang cerdik yang sentiasa mengingatkan suaminya. Dapat menyelesaikan masalah suaminya. Dengan kemampuan yang ada pada isteri yang cerdik, banyak perkara boleh diselesai. Bukan sahaja masalah suami bahkan juga masalah masyarakat. Dia boleh mengajar, mendidik, memberi pandangan, menasihat, merawat dan lain-lain lagi sebagai isteri yang serba boleh setakat kemampuannya.

Bagaimana untuk didik diri agar jadi isteri yang cerdik dan berstrategi? Isteri hendaklah sentiasa faham kehendak suami barulah boleh bertindak tepat mengikut mengikut kesukaan suami. Isteri kena kreatif, asah fikiran sendiri agar dapat pelbagaikan layanan untuk suami. Korbankan segala-galanya untuk suami kerana Allah suruh kita taat pada suami. Kita kahwin dulu pun dengan harapan suami sebagai pembimbing. Jadi tidak patutlah kalau suami kita buat macam kawan, layan lebih kurang. Ini bukan isteri yang cerdik. Isteri begini hanya mahu diri dan perasaannya dilayan. Sedangkan dirinya sendiri tidak mahu berkhidmat melayan suami. Ini sudah lari dari tugas sebagai isteri.

Oleh itu jadilah isteri yang cerdik dan berstrategi dalam memahami perjuangan suami di luar rumah. Cuma berhati-hatilah, agar dibantu hanya untuk membenarkan syariat.
Sumber ilmu: http://groups.yahoo.com/group/SiberMelayu/message/85

Tuesday, December 07, 2004

 

Last Saturday (4 December 2004) , we had a good outing at Lake Garden Posted by Hello

Monday, December 06, 2004

 

Tiada manusia yang mahukan kesusahan di dalam hidup. Tiada manusia yang mahukan kepada penderitaan melainkan manusia yang jiwa dan fikirannya sudah tidak normal. Tiada siapa mahu diumpat keji, kematian orang-orand yang dikasihi, turun pangkat, harta kekayaan musnah, dikata nista oleh masyarakat dan berbagai-bagai lagi.

Kalau boleh lari dari kesusahan atau penderitaan hidup pasti akan ramai manusia yang berusaha berbuat begitu. Tetapi ke mana hendak dilarikan diri, kerana dunia ini sudah Allah tentukan sebagai tempat ujian. Orang kaya diuji dengan kekayaannya, yang miskin dengan kemiskinannya, orang berpangkat diuji dengan kedudukannya, orang bawahan diuji dengan kesusahannya. Begitulah, selagi nyawa dikandung badan selagi itu manusia tidak akan terlepas dari ujian kesusahan hidup.

Walaupun sudah begitu perjalanan alam tetapi terdapat para cerdik pandai hari ini yang bertungkus-lumus mencari dan menggunakan berbagai-bagai cara untuk manusia melepaskan diri dari kesuasahan dan penderitaan hidup. Maka kita boleh lihat pada hari ini wujud berbagai-bagai usaha; alat dicipta untuk mengetahui sebarang malapetaka sebelum menimpa dunia, perubatan dalam teknologi moden untuk mengatasi segala penyakit, berbagai petua yang awet muda, diolah panduan-panduan hidup yang boleh membawa kepada bahagiaan; namun apa yang Allah tentukan tetap berlaku.

Bagi orang yang beriman, kesusahan dan penderitaan hidup sudah dianggap semuanya itu sebagai ketentuan dari Allah. Mereka mengusahakan sifat-sifat terpuji pada hati seperti sifat redha, sabar, ikhlas, baik sangka dan tawakal. Bila sifat-sifat ini wujud dalam hati, walau kesusahan dan penderitaan bagaimana beratpun yang datang akan dirasai dengan kehendak Allah.

Hakikatnya semua jiwa manusia tidak suka dan bergembira pada kesusahan. Tiada manusia yang mahu berkata, "Wahai Tuhan, datangkannlah padaku kesusahan dan penderitaan" atau "Aku bergembira dengan kesusahan hidup yang menimpa". Manusia yang jiwa dan fikiran yang sihat akan berkata, "Wahai Tuhan, berilah kelapangan dan kebahagiaan pada hidupku dunia dan akhirat".

Kaum wanita yang asal kejadiannya lemah juga seboleh mungkin tidak mahu mengalami dan menaggung penderitaan di dalam hidup. Lebi-lebih lagi untuk menanggung krisis rumahtangga yang akan mengakibatkan kepada pendertaan batin, fikiran terganggu, kurus kering badan dan air mata selalu mengalir.

Ada segolongan orang yang berpandangan bahawa masalah rumahtangga adalah perkara kecil jika dibandingkan dengan masalah-masalah lain. Sebenarnya bagi seorang wanita yang berada pada fungsinya yang sebenar, akan merasa bahawa masalah rumahtangga adalah masalah yang besar. Wanita akan mudah rasa sensitif dangan masalah yang timbul dalam rumahtangga kerana sebahagian besar masa wanita itu adalah dirumah. Jadi mahu tidak mahu wanita terpaksa berhadapan dan menanggung segala masalah yang timbul dalam rumahtangga.

Maka tidak hairan kalau kehancuran rumahtangga boleh meragut seluruh kebahagiaan hidup seorang wanita. Tidak ada lagi kedamaian rumahtangga. Menasabah sekali dalam Islam telah mengkategorikan rumahtangga yang selalu porak-peranda sebagai "neraka dunia" dan rumahtangga yang aman damai sebagai "Jannatul Ajilah" iaitu 'syurga dunia' yang ementara sebelum menemui syurga yang kekal abadi.

Justeru itu sudah pasti bagi setiap wanita tidak mahu bersuamikan seorang lelaki yang curang, yang sering membawa pertelingkahan ataupun benci-membenci antara satu sama lain. Pasti semuanya mencintakan sebuah rumahtangga yang bahagia, kasih mengasihi antara suami isteri ataupun suami yang menyerahkan cinta tanpa berbelah bagi. Inilah bentuk kebanyakan hati dan perasaan setiap wanita ketika hendak mendirikan rumahtangga.

Kita boleh lihat kebanyakan muda-mudi hari ini sebelum mendirikan rumahtangga akan bersumpah setia yang disaksikan oleh bulan dan bintang untuk sehidup semati ataupun kasih tidak akan bertukar ganti.

Begitukah bentuk tersebut boleh dikategorikan sebagai cinta suci yang patut wujud dalam rumahtangga Islam. Cinta suci dalam istilah si lelaki tidak boleh berbelah kasih demi kesetiaan pada si perempuan. Rasa-rasanya cinta bentuk ini adalah hipokrit. Wujud atas dasar tidak mahu kasih dibelah bagi. Mahu suami hanya menumpukan kepada dirinya seorang diri.

Kemungkinan juga cara kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh filem-filem hindustan yang begitu popular satu masa dulu. Si hero akan buat apa saja demi membuktikan cinta kepada si heroin walaupun nyawa menjadi tebusan. Setelah si hero dan si heroin selesai menghadapi berbagai rintangan akhirnya hiduplah mereka aman damai hingga ke anak cucu. Ataupun kita menilai tentang cinta banyak dipengaruhi oleh kisah cinta Laila Majnun atau Romeo Juliet yang sanggup mati bersama. Agaknya ada yang berpendapat inilah bentuk cinta yang tinggi nilainya.

Sekiranya beginilah bentuk fikiran dan jiwa setiap pasangan yang hendak mendirikan rumahtangga, pasti mereka tidak akan menemui kebahagiaan, kerana pengalaman telah menunjukkan banyak kegagalan sekiranya rumahtangga dibina atas bentuk ini. Hati jarang merasa tenang kerana sering mempertikaikan apakah dia masih setia padaku. Kalau didapati pasangan yang jelas mungkir janji maka akibatnya lebih teruk lagi. Hati akan hancur berkecai dan timbul tindakan-tindakan tanpa arah tujuan.

Tidak hairan kalau wujud risiko sebegitu rupa kerana penyerahan cinta sudah disalah letak. Pergantungan hati telah diletak pada hamba yang lemah, bukan kepada yang Allah Yang Maha Gagah Perkasa. Orang yang kita cintai tidak ada kuasa apa-apa untuk mengatur kebahagiaan kepada kita.

Yang dikatakan cinta suci dalam rumahtangga Islam ialah apabila kita dapat menyerahkan seluruh cinta kita kepada Allah S. W. T. dan suami hanya jalan untuk kearah tersebut (alat) dan bukan matlamat. Apabila cinta telah dapat diletak pada tempat yang betul maka dengan sendirinya perhubungan kita dengan suami akan berjalan lancar. Kasih sayang dengan suami akan menjadi bersih dan suci. Suami menjadi orang yang paling kita muliakan dan taati, lantaran itu yang diminta olen Allah S. W. T.

Cinta yang berada pada tempat yang betul akan mengawal nafsu kita dari meminta suami meletakkan seluruh kecintaannya kepada kita seorang. Kalau kita bersikap begitu maka menandakan ada sikap hipokrit dalam diri. Kita hanya memetingkan perasaan dan kesusahan diri sendiri tanpa memikirkan keperluan suami dan nasib kaum sejenis.

Justeru itu cinta suci dalam rumahtangga amat berharga untuk kita usaha dan miliki. Kerana cinta suci akan dapat meletakkan hati dan fikiran kita dalam keamanan. Hati dan fikiran tidak akan dapat dikacau dan ditakut-takutkan oleh sesuatu perkara yang belum datang seperti bisikan suara yang selalu datang menganggu, "Kalau suami kamu kasihnya berbelah bagi, apa nak jadi?" Bisikan-bisikan jahat berupa itu tidak akan dapat mengundah-gelanakan hati kita kerana cinta telah diletakkan pada Allah bukan pada manusia. Allah yang menjadi matlamat.

Kita yang tidak pandai menilai pengertian cinta dari Allah. Kemungkinan jiwa kita akan merasa sakit dengan ujian yang menimpa seperti suami yang kasihnya berbelah bagi. Tetapi hendaklah kita faham bahawa mungkin dengan ketentuan Allah yang berbentuk begitu sahaja dapat meningkatkan iman kita. Allah mahu hamba-Nya selalu di akhirat bukan hanya setakat selamat di dunia saja. Untuk itu Allah tidak akan teragak-agak mendatangkan ujian pada hamba-Nya yang dikasihi-Nya.

Sumber: http://groups.yahoo.com/group/SiberMelayu/message/17

This page is powered by Blogger. Isn't yours?