Wednesday, January 05, 2005

 

Akal Jangan Dibiarkan Bersendirian

Akal jangan dibiarkan bersendirian
Kerana ia adalah ciptaan Tuhan
Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan kekurangan dan kelemahannya
Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat-sifat kekurangan
Hendaklah dia diberi kekuatan
Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan Tuhan jangan bersendirian

Akal adalah guru diri manusia
Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan Akhirat bagi insan
Pemandu hidup manusia di maya pada Tuhan
Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu oleh wahyu Tuhan
Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian
Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan
Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti tersesat jalan
Tersesat jalan risikonya amat mengancam kehidupan insan
Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan bersambung di Akhirat kelak dengan azab Tuhan
Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia mestilah dipimpin oleh Tuhan
Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar dia memimpin manusia tidak tersesat jalan
Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal
Bukan ertinya menggunakan akal yang bersendirian
Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan, itulah yang dimaksudkan
Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan
Setiap manusia haraplah ambil perhatian
Jika manusia mahu selamat di atas jalan keselamatan

Nukilan : Ustaz Hj Ashaari Muhammad
Tarikh : 16 Dec 2004

Comments: Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?